Tuesday, March 30, 2010

Kek untuk Ahmad Nur Aiman

Deko malam tadi.

Deko pagi tadi.

Alhamdulillah rezeki Allah dari adik bongsuku pula untuk ulangtahun ke 4 tahun anak lelaki sulungnya, Ahmad Nur Aiman. Adikku, Sabri minta buatkan kek perasa kopi/nescafe. Petang semalam masak kek, malam pulakku merajinkan diri mendeko.

Untuk anak saudaraku, Ahmad Nur Aiman, ucapan semoga jadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibubapamu. Mak Ngah doakan Aiman juga diberi kesihatan yang baik sepanjang umurmu.

Kepada Sabri dan Anis, tq bebanyak ye.

Saturday, March 27, 2010

Selamat Hari Lahir..FAIZ





Ode dari member lama, Zuriawati. Zu nak sambut ulangtahun pertama anak lelakinya, Faiz. Dia suh buat apa-2 kek, janji sedap. Ku buatkannya Kek Butter Pelangi. Asalnya nak letak gambar Ben 10 TAPI terfikir semula, budak umur setahun dah tengok Ben 10 ke. Akhirnya inilah idea yang dapatku ilhamkan ke atas kek untuk baby boy, Faiz.
Selamat panjang umur dan semoga sihat selalu buat Faiz. Besar nanti jadi anak yang soleh serta taat kepada ke2 ibubapa ye sayang..muahaha.
Zu, semoga kau puashati n sesambil tu aku promot BBC, Sberi n Oren Cheese tart. Lebih kurang halal ye Zu n jangan serik cari akak. TQ sekali lagi untuk kau sekeluarga.
****Lama tak mengedit sms dari pelanggan
Kek tu semua kata sedap dan cantik
Tart pun sedap (tapi makan sendiri)..he he he.
Alhamdulillah, tq ye Zu, jangan serik call akak lagi.

Friday, March 26, 2010

Ode dari Mai n kengkawannye..


Kek Chiffon Pandan

Cream puff dengan inti cream cheese

Tart coklat, strawberi, oren n blueberi.

Kek cawan coklat

Salam Jumaat buat pengunjung-2 blog ini. Alhamdulillah dapat lagi menghirup udara pagi ini n alhamdulillah hujan sekejap dan dah pun berhenti namun dapat meredakan bahang keadaan persekitaran dan alhamdulillah juga suami selamat sampai dari Penang malam tadi.

Alhamdulillah semua yang telahku buat ini telah selamat sampai ke tangan pembelinya tengahari tadi. Tq bebanyak, sekiranya terdapat sebarang kekurangan harap dihalalkan.

Tadi ada gak bagi sampel kek karot, kengkawan Mai suh tambah kismis, boleh no hal. Tq lagi sekali ye.

Sunday, March 21, 2010

Selamat Ulang Tahun..Sayang





Selamat Ulang Tahun Sayang..kena baca ngan nada lagu Imran Ajmain.

Harini ulang tahun ke 41 tahun suamiku. Sebelum mak n kakak sulungku berangkat balik ke Melaka tengahari tadi, kami suhlah birthday boy potong kek. Memalulah pulak, disuruhnya anak pompuannya memotong kek tersebut. Kecil aje keknya, sebab stok kek n kek cawan yang ada baki dari hari Khamis haritu pun tak habis lagi, semalam pun gi kenduri kahwin pun dapat kek cekelat. Syukur dapat juga buatkan kek untuknya.

Doa kami agar panjang umur abang untuk bersama membesarkan anak-2 di dalam kehidupan yang begitu mencabar sekarang ini. Semoga dipanjangkan umur, bertambah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak, suami dan ayah yang soleh...Amin

Rela ke terpaksa..


Salam sejahtera dan alhamdulillah berjumpa lagi. Akak sulung yang kebetulan datang bersama mak kerumahku semenjak hari Khamis, mintaku buatkan cis bronis ni. nak makan kat kampung ngan member kat sekolahnya. Dia juga ambil baki casing tart yang kubuatkan untuk adik perempuanku haritu, lupalak nak ambil gambar. Tuan rumah kesibukan memasak nasi lemak n mengemas rumah, ku suruh dia packing sendiri, jangan mare. Alhamdulillah rezeki juga. Tq bebanyak ye, nanti kalau datang ode lah lagi, dengan rela hati akanku buatkan.

Saturday, March 20, 2010

Ode cream puff dari Kak Naz



Ode dari kengkawan blogger n facebook, Kak Naz yang baik tu. Dia pernah cakap teringin nak makan cream puffku ini, so aku beritahu dia sekiranya dia ada turun ke Shah Alam bolehlah ku buatkan untuknya. Alhamdulillah, Kak Naz ode 30 pcs n dia puashati dengan kerjaku. Kalini ku buat kastard lain pulak. Dulu kastardnya lebih kepada puding jagung. Apa-2 pun tq sekali lagi kepada Kak Naz. Nanti leh ode lagi...

Casing tart


Alhamdulillah, rezeki dari Allah, ode dari adikku Niza, 25 pcs casing tart. Dia datang kerumahku kebetulan emak n kakakku sekeluarga datang kerana menghadiri majlis perkahwinan sedara kami di Ampang Jaya.

Sampel kek coklat lembap bakar untuk Mai


Wednesday, March 17, 2010

Ingatan untuk semua....





Ambil dari papan notis sekolah tadika anak perempuanku.

Saturday, March 13, 2010

Kek Sang Puteri n kek coklat cawan strawberi n ros





Akhirnya inilah kek princess yang anakku Siti Nur Fathieha selalu dok suh buat bile dia tengok aku membuka blog-2 usahawan kek wanita. Kebetulan ada baki cuppies n stok strawberi, dari G Are yang balik dari CH dan juga sesambil memahirkan lagi skil buat roses.

Friday, March 12, 2010

Tempahan kek hantaran perkahwinan pertama...

Hantaran 25 cuppies dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Temanya kaler merun.

Tema krim pulak pilihan pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki.

Alhamdulillah dapat ode dari Lina yang suka mengait kopiah bebudak tu. Kali ini n tugasan yang ku terima adalah menyiapkan kek hantaran pihak lelaki n perempuan. Wah, memuda kau dah terima menantu ye Lina. Alhamdulillah.

Lina kahwinkan anak sulungnya yang baru habis belajar di IKBN. Selamat pengantin baru. Ucapan dan pesanan buat pengantin baru, Idah & Nazim, walaupun korang masih muda, insyaallah selagi di dalam rumahtangga sentiasa bertolak ansur dan bersama di dalam menuju keredhaan Allah swt, insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Gaduh-gaduh sayang tu, akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang anda berdua. Semoga jodoh kalian berpanjangan dunia dan akhirat dan dikurniakan anak-2 yang soleh n solehah.

Lina aku harap kau berpuashati dengan deko aku yang baru sesangat ni. Ini pengalaman pertama aku di dalam menyediakan kek untuk hantaran. Sebenarnya dalam hati ku risau, berdebar-2 semasa menyiapkan tugasanku ini. Yelah majlis besar untuk orang kecil sepertiku ini. Semoga semuanyer puas hati ye..tq bebanyak sesangat sebab bagi kepercayaan kat aku untuk majlis anak kau ni.

Sebenarnya N3 ni dah ku buat masa hari Jumaat saja malas nak 'publish'...he he he. Apa-2 pun sekali lagi, tq bebanyak ye Lina.

Sayur-2an segar..ole-2 dari CH






K, harini N3 kita bukan pasal kek. Pertama sekali ku nak ucapkan tq bebanyak n selamat pengantin baru sekali lagi kat member aka bos ku G Are yang baru balik dari honeymoon di Cameron Highland. Ini semua hadiah/ingatan dari dia, sayur-2an yang segar. Tq lagi sekali...muah, muah, muah.