Friday, April 30, 2010

Ode dari Mai n the gang lagi..

Malam semalam aku tidur jam 1 pagi siapkan cream n cheese puff serta casing tart sahaja. Nasib baik terjaga jam 5.45 pagi n dah lewat sebenarnya, kelam kabut pulak nak bakar cheese tart. Nasib baik bos n member ofis sporting n supportive, masuk jam 10 pagi tadi n keluar dari ofis jam 4 petang. Tq to Mura n Azira. Juga tak dilupakan member ofisku Nurul.

So, inilah hasilnya....TQVM Mai n gang n also to Syarliza..nanti ode lagi ye. Jangan serik. Setiap komen yang diberi akak terima dengan hati yang terbuka..



2 set 50 bj tart campur


80 bj tart campur

20 bj untuk Mai

25 bj tart saiz biasa, ada yang lupaku lorekkan filingnya.

50 bj cheese puff ode dari bos Mai dan juga 30 bj cream puff ode dari Syarliza, member depan pejabatku. Dua-dua jenis puff ini terlupaku ambil gambar.

Tempahan casing tart..Kak Naz



Asalnya nak diposkan, tak confident, sebab feed back 2 item yang ku os sebelum ini, mengecewakanku..yelah kesian adik iparku n kawan lamaku, dapat dah pecah-2. So untuk taknak ambil risiko, Kak Naz ambil sendiri macam biasa. Jumpa kat depan Kompleks PKNS Shah Alam.

100 bj casing tart. Tq kak...

Thursday, April 29, 2010

Cream puff ..




Alhamdulillah, ode ni dari rakan depan pejabatku, 60 bj cream puff, sebab ode pertama, biasalah hati dan perasaanku mula berdebar-2. Dahlah tu depan ofis, aku dah cuba yang terbaik, harap semuanya puas hati.

Kek untuk Majlis Perpisahan



Salam sejahtera buat semua, semoga sentiasa ceria. Kek ini request dari anak sulungku untuk meraikan member sekelasnya yang akan berpindah sekolah..harap dia orang suka.

Kek span coklat
Lapis ngan krim putar n blueberry filling
Salut dengan buttercream

Anakku suh letak rice cooker..apa? Letak chocolate ricelah sayang..

Komen dari anak :

- Kek habis
- Mualimah/Cikgu tanya samada ambil tempahan n boleh buat penghantaran.
- Alhamdulillah tak sia-sia ku cuba buttercream ini.

Monday, April 26, 2010

Layan gambar kek blueberry...b'day Nurul Aqilah Hani

Inilah b'day girlnya.


Layan gambar kek setelah dipotong.

Saturday, April 24, 2010

Indulgence cake..ala-2 SR






Saja-2 buat. Mana tau leh tambah produk dari Adnazthie-Kek. Padaku kek ni lebih sedap kalau dimakan dengan strawberi, sebab ku tak tahan rasa coklatnya yang amat sangat mengikut tekakku.

Kek span beri biru..ala-2 kek hutan hitam



Anak sedaraku yang sorang ni memang peminat kek ni. Aku pernah buat lebih dari tiga kali, masa awal-2 join MyResepi. Tapi simpel-2 aje. Dia pernah makan n untuk b'day dia harini dia mintaku buatkan.

Aqilah ni sepatutnya keluar lewat dari anak keduaku, Nazmi. Tapi kuasa Allah mengatasi segala, dia jadi kakak untuk Nazmi yang akan sambut b'day pada 30 April ni. Masa ibu-2nya dalam pantang memang seronok sebab ada geng n depa berdua pulak tak leh bersama..he he he. Anakku jadi anak susuan adikku kerana aku keluar hospital lewat sebab dioperasi. Nasib baik boleh keluarkan anak dulu. Kalau tak kena tahan wad lebih lama sebab mana ibu nak jaga anak yang kena Jaundis.

Untuk Aqilah, Mak Ngah doakan jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Rajin-2 belajar tau. Sayang..muah-2 3x.

Friday, April 23, 2010

Ode dari Mai n the gang



Ode 100pcs tart campur



Ode cheese puff

Alhamdulillah, dapat ode dari Mai n the gang lagi. Sebenarnya ku tak berapa sihat n kebetulan suami ke Penang, so semua kena buat sendiri..hantar anak sekolah pepagi. Jadi mulanya ku beritahu insyaallah kalau apa-2 akan diberitahu kembali. Balik semalam kugagahkan diri sebab casing tart x de stok.

Alhamdulillah siapkan casing malam tadi, sediakan adunan cheese n adun cream puff serta siap bakar, pepagi lagi jam 5.25 pagi ku dah terjaga. Apalagi..terus buat. Ok alhamdulillah dapat disiapkan dengan jayanya.

N 4 Mai n the gang, akak ucap terima kasih ye kerana terus memberi sokongan kepada akak. Harap semua puas hati. TQVM.

Wednesday, April 21, 2010

Award dari Lovely Kitchen...Tqvm


Orang tengah berbunga-2, so mari kita raikan bersama. Tqvm E-na. Semoga berbahagia selalu.

Ode baby casing tart lagi..


Alhamdulillah dapat ode dari kakak yang sama sebilik denganku semasa belajar dulu. Dah cikgu dah n melalui FB kami dipertemukan. Alhamdulillah. Haritu dia minta resepi, dah pun kuberi, dek kerana kesibukan, dia ode casing aje terus dariku.

Alah Kak Izzah, ode aje, senang sikit, sekali aje keje. Telah pun kuposkan pagi tadi, semoga bungkusan tersebut akan sampai dalam keadaan yang sempurna. Insyaallah.

Tqvm kak..

Ode dari Along


Kek Oren khas untuk ibunya, Puan Mariam.



Oreo Cheese Cake, cadanganku sebagai pilihan ketiga untuk ode ini.



Kek Coklat Lembap yang dikukus permintaan Along. Kutaburi coklat rice dan ku hias sedikit dengan coklat ganache.

Semalam pagi bersembang ngan Along. Dia ni peniagawati makanan kat Tingkat 4, Kompleks PKNS Shah Alam. Hari-2 aku sarapan mee hoon sup dia, kalau tak pekena, macam tak best aje sarapan pagi.

Harap Along puas hati, biasalah hatiku, ode pertama dari pelanggan baru. Mudah-an Along n keluarganya suka.

Ode dari Perak..SILku


Iparku, Suhaila teringin, so aku cakap kalau sanggup tanggung risiko. Dia wokkey..dah pun ku poskan pagi tadi 50 bj cheese tart campur. Harap esok atau lusa, Su akan terima kirimanku dalam keadaan yang baik. Tqvm Su, sayang kat kau. Muah..muah..muah

Lupa nak ambil gambar kotak. Tapiku ingin nyatakan disini, adik yang urus Poslaju kat Kompleks PKNS tu baik. Dia tengok bungkusanku kecil n syorkan masuk dalam kotak Poslaju. Aku no hal. Baiknya adalah dia siap tampalkan kotak n tuliskan nama pengirim dan penerima semula. Tq ye adik atas layanan awak tadi.

Ode baby bbc tart lagi..



Alhamdulillah dapat ode dari kawan Mai setelah dia merasa ode yang sama membernya pada hari Jumaat lepas. Sama 50 bj baby cheese tart campur. Tqvm.

Komen dari depa yang ode masa Jumaat lepas, tart n bbc kek pun sedap. Aku risau betul sebab kek tu bos Mai yang ode. Alhamdulillah senang hatiku mendengarnya.

Saturday, April 17, 2010

Ode baby bbc tart lagi..


Dapat ode ni malam tadi, alhamdulillah telah selamat dihantar kepada Kak Naz jam 12.30 tengahari tadi. 100 bj tart dipack dalam 4 bekas berlainan. Tqvm kak, harap puas hati.

Pergi hantar tart ni dengan anak ke 2 n ke 3, lepas tu merayau jalan-2 cari barang kat BAGUS, Seksyen 13, Shah Alam. Makan tengahari kat kedai makan berdekatan. Kalau tak salah Zarah Restoran namanya. Dah dahaga sesangat masa tu. Lepas makan merayau lagi n gi kedai bakeri kat Seksyen 9, perghh, mahal betul harga barangnya.

Friday, April 16, 2010

Ode dari Mai untuk hari Jumaat





Mai n the gang minta Blueberry Cheese Cake, Tart Coklat, Kek Chiffon Pandan, Baby tart campur-2 , Cream Puff Cream Cheese. Tqvm ye Mai n the gang.

Disebabkan kereta problem, ku meminta bantuan suami menghantar ketempat kerja n ku pun mengambil kesempatan terus menghantar ode ini. Selalunya Mai ambil di ofisku.

Baru perasan gambar kek chiffon lupa nak ambil. Gambar cheese cake lupa nak ambil sebelum dipacking. So layan ajelah gambar yang ada ye.

Alhamdulillah dapat lagi ode 1 set baby tart campur untuk hari Isnin depan. Tqvm kepada kawan-2 yang menyokong saya, harap puas hati n halalkan apa yang kurang ye.

Ode dari Kak Naz

Kek marble

Baby blueberry cheese tart

Casing tart

Alhamdulillah dapat ode dari kak Naz. Balik kerja semalam aku terus menyiapkan ode ini kerana janji ngan kak Naz jumpa malamnya. Tqvm kak.

Sunday, April 11, 2010

Kek coklat blueberry


Kek ini dibuat khas harini untuk ulangtahun ke 5 anak perempuanku. Baru kali pertamaku cuba resepinya.

Untuk anakku sayang, doa ibu semoga Allah memanjangkan usiamu dan sihat selalu hendaknya. Besar nanti jadilah muslimah yang solehah, penyejuk hati penawar duka kepada kedua ibu bapamu.

Saturday, April 10, 2010

Kek coklat lembap..ode dari adik Jr Blok K3






Tak de koje, semua gambar yang diiambil, ku upload. Alhamdulillah, ini ode dari Norliza Zakaria. Liza ni x Jr Kolej Kenanga 3, UiTM, Shah Alam. Dah hampir 20 tahun kami tak jumpa. At last dipertemukan Allah melalui FB.

Liza order untuk birthday anak ke-3nya, Ariff Hilmy, 5 tahun yang sebaya dengan anak perempuanku. Harini birthday Ariff, esok birthday anakku pula.

Dah publish baru perasan tak beri ucapan untuk Ariff Hilmy. Oklah untuk Ariff, selamat panjang umur, diberi kesihatan dan kebahagian sepanjang umurnya dan menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya. SELAMAT PANJANG UMUR SAYANG.

Apa-2 pun, tqvm ye Liza, akak harap awak puas hati dengan rasa n dekonya. Anaknya itu minat ngan karakter kartun Bakugan Dragonoid. Kalau x sedap bagitau akak, kalau sedap bagitau rakan.