Sunday, May 30, 2010

Souffle cheese cake..





Salam sejahtera buat semua.

Teringin nak cuba, try, test..kek ini. Asyik menziarahi blog Puan Jasmeen yang aku selalu berkenan dengan deko keknya.

Lum rasa lagi ni. Masih disejukkan sebab kata orang makan ciskek sejuk-2 lagi sedap..ee benonya aku pun dah tak tahan nak rasa ni.

Saturday, May 29, 2010

Cream puff & baby blueberry cheese tarts


Salam buat n semua semoga sihat hendaknya.

Bebaru ini add friend kat FB, member sekolah adikku. Aku pun kenal dia juga, beberapa tahun lepas berjumpa dengannya di Celcom, Seksyen 9, Shah Alam. Bersembang dengan dia w/pun tak lama tapi member yg kebetulan followku masa tu kata, macam kami berdua aje dalam Celcom Centre tu..he he he.

Bila dia dah terimaku, aku pun promote blog kekku ini. Kebetulan kata dia kakak ipar dia pun cari siapa leh buat cream puff. Inilah yang dinamakan rezeki. Alhamdulillah...tq Su n SIL dia. Dah selamat hantar tadi bersama suamiku ke Seksyen 10, Shah Alam. Semoga puashati n menepati citarasa. Katanya untuk kenduri rumah sedara kat Kg Jawa, Kelang.

Su ode 150 bj cream puff n 50bj baby bbc. TQVM

Komen dari Suhana :

Ok..sgt sedap..blh order lg..

TQVM to Su n famili.

Friday, May 28, 2010

Repeat ode dari Nadiah...baby blueberry cheese tarts




Assalamualaikum..semoga semuanya sihat. Ode 200 bj baby bbc tat ini dari Nadiah yang kebetulan emaknya datang kerumahnya. Nadiah minta packing 25 bj setiap satu bekas. Boleh aje. Ada sebahagian untuk buah hati pengarang jantungnya. Harap awak dan sekeluarga puas menikmatinya.

Tqvm ye Nadiah..len kali ode lagi ye.

Thursday, May 27, 2010

Kek indulgence, cuppies, cream puff n baby blueberry cheese tarts.


Ada cerita kelakar disebalik kek yang diode oleh Ina ini. Ina ode kek sebab dia nak balik rumah di Yong Peng, kebetulan harijadi adiknya. Dia memang tak request apa-2 untuk hiasan, aku yang sesaja letak. Ku ingat adiknya Din yang bongsu punyer b'day, ghupa-2nye, adiknya dah berusia 19 tahun. Wakaka..takpe lah Ina kata..TQVM Ina, nnt ode lagi ye.


Cuppies ini diode oleh member lamaku Hamimi utk makan-2 dengan suami dan anak-2nya. Mimi request vanila cupcake..harap puashati, maaf tak dapat nk deko, kesuntukan masa. Tadi ku hantar ke pejabatnya di Seksyen 13, Shah Alam.


Cream puff ode dari x member ofisku..tq bebanyak ye..Alhamdulillah komen positif dari Lin n friends..tak cukup seorang satu. TQVM

Maaf kepada memberku Zu, yang ode 1 set baby blueberry cheese tart, akak lupalak nak ambil gambar, padahal tarts tu bersamaku sampai pukul 12.45 tgh..TQVM..Zu repeat ode sebab anak-2nya suker sesangat.

Baby blueberry cheese tart, baby cheese tart perasa campur dan blueberry cheese cake


Alhamdulillah n salam sejahtera buat semua. Dapat ode n kena siapkan hari ini sebab esok cuti am. Mai n the gang ode, tart baby blueberi n perasa campur serta sebiji ciskek. Tq bebanyak ye..

Friday, May 21, 2010

Cream puff...


Dapat ode ni masa waktu rehat tengahari tadi. Hannan dari Aman Perdana, dekat aje rupanya. Hannan ode 30 bj cream puff. Janji nak ambil esok pagi jam 9.00 terpaksa diawalkan kerana Hari Sukan Tadika Little Caliph anak perempuanku. Apa-2 pun semoga berpuashati dengan kerjaku ini..selamat makan.

Cream puff untuk rakan di IUCTT Damansra



Cream puff ini diode oleh Ila, kawan yang biasa ku telefon nak mintak bayaran..he he he, pelanggan syarikat tempatku bekerja. Kebetulan esok ofis mate nak ambil cek, dia pun minta ku buatkan. Ini untukmu Ila, harap puashati..

Untuk penghantaran ini, ku dah minta izin bosku, Mura. Janji aku bagi rasa apa yang ku hantar kat Ila, cukup. Insyaallah Mura, esok akak bawa untuk kau. Tqvm untuk Ila n Mura too.

Ode dari member Mai lagi..

Sori tuan rumah edit N3 ini, kerana sebelumnya ada gambar yang tak dimasukkan. N kalini tuan rumah jumpa direct ngan pembeli-2 kek ini. Selamat berkenalan.

Kek coklat lembap kukus

Tempahan dari Puan Faridah yang sebelum ini menempah 2 bj kek yang sama cuma versi berbeza iaitu bakar dan kukus. Kek coklat yang dikukus dulu diberi kepada besannya di Kedah kalau tak salahku, jadi dia pun nak rasa juga. Tq ye Puan, sudi ode kek saya lagi, harap puashati juga.

Kek indulgence.

Kek ini diode oleh Puan Zainab yang tempah kek karot sebelum ni. Kalini nak makan ngan ahli keluarganya sempena birthdaynya haritu. Semoga panjang umur dan murah rezeki ye. Maaflah tulisan tak dapat buat banyak seperti yang diminta dan tak berapa cun..maafkan saya.

Kek lapis coklat lembap.

Kek ini diode oleh Puan Zakiah. Harap Puan Zakiah puashati dengan kerja saya. N minta lebih kurang halal ye kalau ada yang terkurang.

Selamat Hari Guru.


Kek ini untuk anakku Muhammad Ilham Nazmi, kek coklat lembap, hiasan ganache dan coklat cair..sempoi aje, tak tulis apa-2.


Kek ala-ala indulgence untuk anak sulungku, Ilham Adli. Kek di dalam adalah kek span dan ku letakkan sedikit blueberi filling yang telah dibuang buah-2nya.

Selamat Hari Guru. Kek ini khas ditempah tanpa bayaran oleh kedua-dua anakku sempena sambutan Hari Guru di sekolahnya esok.

Semoga semua yang akan makan dapat menikmatinya dengan kepuasan. Untuk anak-2 ibu, tak payahlah bayar, janji kalau minta tolong, jangan malas n merungut...ishk..ishk.

Wednesday, May 19, 2010

Kek coklat lembap kukus n baby cheese tart campur




Alhamdulillah, ode dari Mai n the gang lagi. Kali ni kek coklat lembap n 50 bj baby cheese tart campur. Tqvm ye.

Tuesday, May 18, 2010

Carrot cake..ode dari Mai n the gang





Dapat ode ni minggu lepas dari Mai n the gang. Alhamdulillah, tqvm ye.

Kek ini diode oleh member sepejabat Mai, untuk birthdaynya harini. Selamat hari ulangtahun kelahiran ye. Semoga apa yang dihajati tercapai dan semoga sentiasa berjaya dunia dan akhirat.

Tadi pagi-2, kalau tak salah jam 11.00, Mai hantar sms bagi tau, kek tu sedap..Alhamdulillah, dah habis...he he he. Sebenarnya ini kali kedua ku makeup carrot cake ngan cream cheese icing. Dulu kek utk SILku, creamnya tak berapa nk jadi CAIR....Alhmadulillah yang ini, jadi.

Kepada rakan seofis Mai, TQVM ye.

Sunday, May 16, 2010

Kek butter nenas n buttercream, cupcake n baby cheese tart ..ode dari Nurul Baizura.



Permintaan kek dari bonda Nurul untuk anak saudaranya.


g
25 bj cuppies ode dari Nurul untuk dihadiahkan kepada saudaranya.

50 bj baby blueberry cheese tarts.

Dapat ode dari Nurul Baizura, member ofisku. TQVM ye Nurul. Nurul tempah 3 jenis ode lain-lain. 2 daripadanya untuk hantaran pertunangan saudaranya, 25 bj baby cheese tart untuk buahatinya dan baki 25 bj lagi untuk keluarganya.

Kesemua ode Nurul selamat kami hantar kerumahnya jam 1.00 tengahari sebelum kami ke majlis perkahwinan sahabatku dan suamiku.

Saturday, May 15, 2010

Brownies n baby cheese tart..ode dari Layla




Alhamdulillah..dapat ode dari isteri sahabat suamiku, Layla. Masuk ni baru dua kali kami bertemu. Dulu jumpa kali yang pertama, semasa dia bertandang kerumahku selepas aku melahirkan anak ke 3, tahun 2005.

Layla ode choc brownies hias ngan coklat cair, almond n hirisan coklat putih untuk sambutan hari ibu dan b'daynya pada 13 Mei dan ahli keluarganya juga.

Semoga ianya menepati citarasamu ye Layla. Selamat hari lahir kepada Layla dan ahli keluarganya yang jatuh pada bulan Mei ini. TQVM.

SMS dari Layla 16-05-2010 jam 4.20 pm
Tima ksh byk2 krn buatan kek n cheese tart sgt sdap n dpt pujian dari ahli family...

Tq Layla 4 the support...

Friday, May 14, 2010

Ode cupcake untuk majlis perkahwinan...


Salam buat semua. Semoga semuanya sihat dan sejahtera.

Dapat ode cupcake dari Lina untuk majlis kenduri kahwin anaknya yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, iaitu 16 Mei 2010. Aku ambil cuti tahun selama 2 hari untuk siapkan ode ini. Ku buat perasa vanilla, nenas, koko dan strawberi.

Thanks Lina, harap kau puas hati ye dengan hasil kerjaku. Segala kekurangan harap dimaafkan. Tak lupa gak untuk bos yang luluskan cutiku...tq bebanyak ye, nnt kalau ada rezeki macam ni lagi, harap permohonan cuti saya diluluskan juga.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Untuk SEMUA

Kita layan juadah/hidangan makan tengahari yang telah disediakan dengan penuh kasih sayang oleh suami tercinta.


Sambal Ikan Bilis


Udang Masak Lemak


Ikan Gelama Goreng, baki ayam goreng yang telah selamat diratah oleh anak-ku n anak-2 sedaraku


Sayur kobis goreng bertelur

Telur Dadar

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di sini, di sana, di situ dan di semua tempatlah. Selamat hari ibu untuk bondaku Puan Fatimah Dol dan bonda mertuaku Puan Kalthum Abdul Rashid. Semoga berbahagia meniti usia emasmu dan aku sayang kamu selalu.

Harini memang meriah kat umah petang ni, adik perempuan n adik lelaki ku sekeluarga datang tanpa dirancang bersama.

Aku yang dah kepenatan tadi, alhamdulillah suami mengambil alih memasak. Thanks abang sayang..muah..muah..muah.

Dan untuk makluman semua semua makanan telah diselesaikan oleh adik lelakiku sekeluarga yang tiba trip kedua..he he he, masa tu kami baru sahaja selesai makan.

Akhir sekali SELAMAT HARI IBU untukku sendiri.

Baby blueberry cheese tart..ode dari Cikgu Nik



Balik dari hantar cheese tart semalam, dapat sms dari Nik, Kapar. Alhamdulillah, Nik ode 50bj baby bbc tart.

Baru jap ambil, comel orangnya. TQVM Nik.

Nik : Ok tq byk kak. sedap sgt

Alhamdulillah, lebih kurang halal ye..

Saturday, May 8, 2010

Budget kek pengantin...ode dari Rozana






Pagi semalam masa kat ofis Rozana, member Aishah MPK yang pernah ode kek sebelum ni call tanya harga kek. Dah bagi jawapan, ingat x jadi. Kat rumah dapat panggilan dari dia n konpem untuk majlis adik sedaranya kalau tak salah.

Inilah hasilnya, resepi kek butter dari member baking kek juga Siti Norbaya, TQVM Siti, memang besar jugalah keknya. Permintaan Rozana tema Putih Biru..

Layan gambar..Pada Rozana tq ode ngan saya, kalau ada yang tak berapa cantik pandangan mata harap dihalalkan n pada Aishah tqvm promote kek akak ye..jasamu dikenang.