Friday, July 30, 2010

Ode dari Mai lagi...



He he he..sebenarnya ode ni kena hantar sama ngan kek karot tu, tapi disebabkan tuan rumah keletihan n tak sempat nak ku hias keknya, so petang baru ku hantar atas persetujuan Mai.

Mai ode kek coklat saiz besar sikit, aku timbang tadi hampir 2 kg keknya. Ku hiaskan dengan coklat cair, choc rice, choc ganache n sedikit bunga-2. Mai juga ode 70 bj baby cistat campur tapi lebih yang perasa blueberry.

Mai ode untuk sambutan birthday ahli keluarganya yang jatuh pada bulan Julai n sempena hari keluarganya pada hujung minggu ini. Harap Mai selamat sampai ke Chenderong Balai dengan selamat.

Tq bebanyak ye Mai, sebab support akak...

Baby blueberry cheese tart n fruit tarts..ode dari member Lin



Ini ode ke3 dari Lin tapi on behalf of her office mate, Siti Rahimi kalau tak silap. Siti ode 50 bj baby bbc tarts n 50 bj baby fruit tarts.

Thanks ye Siti n Lin..nanti odelah lagi..

Selamat hari jadi buat Mai..


r

Ode kek karot walnut ni dari memberku Mai, yang sentiasa menyokong perniagaan on9 bersama rakan-rakannya itu. Tqvm ye.

Kalini sempena birthday Mai, dia ode kek ini n tak nak tulis apa-2 just letak buah pic.

Mai kata, semua orang cakap sedap banget..he he tq. Alhamdulillah.

Khas untuk Mai sempena birthdaynya kalini, semoga tercapai segala yang dicita dan diharapkan di dalam kehidupannya n selamat panjang umur serta berbahagia selalu.

Kek coklat untuk Masliana..



Tempahan last minute dari Mas untuk bawa pulang ke kampung katanya. Dia ode apa-2 jenis kek, so inilah yang kubuatkan untuknya.

Baby fruit n bbc tarts..ode dari Azfa



Salam buat semua. Lama x hapdet, macam sibuk aje.

Azfa dari Seksyen 17, Shah Alam, yang pernah ode sebelum ini, ode 30 bj baby fruit tarts n 30 bj baby cheese tarts. Sebenarnya tak ambil tempahan sedikit-2 ni ye tapi sebab dia pernah ode sebelum ni, ku turutkan jua. Anywaz, highway..tqvm Azfa.

Sunday, July 25, 2010

Blueberry cheese tarts..ode dari Anis



Salam malam Isnin...

Selamat menyiapkan ode untuk Anis, 25 bj bbc tarts saiz biasa. Tqvm Anis, esok kita jumpa ye..

Kelas Coklat



Teringin belajar buat coklat, alhamdulillah tercapai hasratku akhirnya.

Tq Cikgu Wati, Seksyen 19, Shah Alam. Lupa nama blognya tapi ada dalam senarai bloglistku. Seronok belajar ngan dia ni..dapat juga berkenalan ngan Kak Aripah dari Taman Bunga Raya, Kg Jawa n Nurul dari Fasa 2, Puncak Alam.

Sebenarnya aku terlewat sampai, salah baca sms, ingat kelas mula jam 10.30 pagi..he he he, maaflah ye kengkawan. Rupanyer kul 10.00 pagi.

Belajar teori tentang coklat, perbezaan coklat converture n compound. Belajar tempering..betulke, buat inti coklat..strawberi n coklat, buat lollipop..lupa nak bawa balik, belajar buat marbling dll.

Selesai kerja, kami dijamu nasi ayam dari Chicken Rice Shop, makan reramai n hujan turun ngan lebatnya. Sementara menunggu hujan teduh sempat belajar Rahsia Tarikh Lahir dari Nurul..he he he Nurul tq kerana berkongsi ngan kami.

Kak Arifah x sempat nak join sebab suaminya dah sampai n dia pulak nak menghantar anaknya balik ke asrama.

Oklah ada rezeki kami jumpa lagi. Tuntut ilmu lain pulak..Anywaz thanks to Cikgu Wati.

Carrot cake...untuk Muzakir




Salam petang Ahad buat semua..

Dapat ode ni dah lama dari Lina, yang mengait kopiah comel untuk kanak-2 dll. Akhirnya Lina konpem semula masa aku dirumah adikku di Ipoh, semalam. Alhamdulillah bahan ada n malam tadi sampai kerumah, terus buat.

Kasih bonda membawa ke syurga, walaupun dah terlambat tapi masih tetap ingatan dihatinya untuk meraikan anak lelakinya yang sambung belajar di Johor.

Kepada Muzakir, Selamat Ulangtahun ke 18, semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapamu.

Kepada Lina, tqvm kerana beri kepercayaan padaku lagi.

Saturday, July 24, 2010

Baby fruit tarts n cream puff lagik...



Alhamdulillah ode ke3 dari Yatie. Yatie ode untuk kenduri keluarga mertuanya di Jeram, siapkan malam tadi, patutnya dia ambil jam 11 pagi ini, he he he, tuan rumah nak ikut suami ke Ipoh . Sib baik Yatie faham. Tq juga kepada suami yang sudi membantu menolong memotong cream puffku.

Yatie ode 50 bj baby fruit tarts n 150 bj cream puff. Tqvm ye Yatie.

Nanti balik ku upload gambar ye.

K dah ku upload gambarnya sesampai kerumah jam 10.25 malam. Gambar cream puff satu lagi x dan nak ambil, dah nak kena bertolak ke destinasi.

Thursday, July 22, 2010

Gambar dari blogku digunapakai..


He he he, sepatutnya N3 ni pada hari kejadian iaitu hari Rabu, dah terlupa sehingga ke malam ni. Ada rakanniaga baru dalam dunia baking telah menggunakan gambar dari blogku untuk produknya, tepung segera dan juga tart coklat n cistat blueberi. Aku tengok pun gambar blogger len pun ada gak. Nasib..nasib.

Asalnya aku pun x tahu, dapat info dari member ofis, dia yang maklumkan. Aku juga nak maklumkan sepanjangku buat kek atau tempahan dari member or pelanggan, lum pernah lagi guna tepung segera.

Kepada mereka yang telah menggunakan gambar dari blogku yang x seberapa ni, maaf ye, gambar saya tetap gambar saya, takut nnt orang len tertipu pulak. Macam biasa, awak try, test n cuba dari usaha awak sendiri n pamerkanlah kerja anda itu. Bukan rasa cemburu atau takut orang len lebih dari kita...kerana rezeki itu semua dari ALLAH yang berkuasa. Ada banyak atau sedikit, bergantung pada usaha dan kecekalan kita.


Cream puff n fruit tarts..ode oleh Lin



Salam Jumaat buat semua, semoga hidup kita bertambah berkat dan rahmat. Alhamdulillah....

Ini ode ke2 dari Lin, x ofismate. Asalnya Lin nak baby cistat tapi sebab stok cis yang biasa ku gunakan tiada, so inilah pilihan darinya. Lin ode 40bj cream puff n 50 bj baby fruit tarts. Tqvm.

Monday, July 19, 2010

Kek coklat blueberry lagi..ode dari member Mai



Salam petang Selasa buat semua..semoga semuanya sihat.

Ode dari member Mai untuk yang teristimewa agaknya. Buat yang mengode dan juga Yim, semoga puashati dengan kek yang memang direquest kek untuk anakku yang pernahku buat semasa bulan April 2010 dulu. Cuma deko sahaja telah ditukar.

Selamat hari ulangtahun kelahiran dan semoga sentiasa berjaya buat YIM yang menyambut ulangtahunnya. Tqvm buat yang mengode.

Saturday, July 17, 2010

Kecil ada..besar pun ada



Tart campur n coklat



Ode dari Puan Lin, Putrajaya yang hendak kerumah abang beliau di perumahan berdekatan HTAR, Kelang. Puan Lin ode 35bj tart coklat n cistat campur. Jumpa depan Kompleks PKNS, Shah sebab lepas tu, ku nak ke BAGUS..

Kek karot, mini tart blueberi n fruit tarts




Ode dari pengusaha Tadika Kelip-2, untuk suami tercinta, kek karot, mini tart. Tq Puan Natasha. Jumpa dengan beliau di Shell hadapan taman perumahanku.

Kek coklat blueberry




Salam sejahtera, alhamdulillah dah siap n dah selesai dihantar kepada Sharifah Aishah melalui adiknya.

Sebenarnya Aishah ode marble cheese brownies dengan gambar edible 'Toys Story', Woody n Buzz. 3 kedai bakeri yang biasaku pergi, tak ada edible tersebut. Lepas tu, dah siap MCB, cheese pulak tak seperti biasa, n lukisan pun tak menjadi. Nnt bebila akan ku upload MCB n lukisan x jadi tu.

Bangun pagi tadi terus bakar kek coklat. Kek tersebut ku lapis dengan krim putar bercampur blueberi dan disaluti krim putar juga. Maafku pinta kepada Aishah kerana tak dapat memenuhi kehendak anaknya, Danish.

Semoga mereka puas hati dengan kek ini. Kepada Danish, Selamat hari ulang tahun kelahiran dan semoga panjang umur.

Tuesday, July 13, 2010

Kek coklat n baby fruit tarts utk ABAH


Ode dari member Mai, sebiji kek coklat n 50 bj baby fruit tarts untuk bday ABAH tersayang. Selamat harijadi ABAH, semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik.

Cream puff n baby cheese tart pelbagai rasa


Salam sejahtera buat semua..ode dari Mas, UiTM. Mas ode 50 bj baby cheese tart pelbagai rasa n 50 bj cream puff. Tq Mas. Nanti leh ode lagi ye.

Sunday, July 11, 2010

Trifles in da house...



Salam dan selamat petang buat semua..

Teruja tengok blogger-2 lain bikin trifle kat rumah depa. Kena bagi orang len rasa gak dessert ni n insyaallah kalau semuanya berjalan lancar leh gak jadi salah satu produk dari Adnazthie-Kek..he he he.

Harini tuan rumah dah dapat siapkan casing baby tart, x banyak dalam 110 bj n sebiji kek coklat. Takleh siar gambar lagi esok balik koje baru leh teruskan kerja tersebut.

Ok selamat menjamu mata untuk sekian kali di blog hamba yang tak seberapa kualiti gambar-2nya.

Say..cheese

Salam pagi Ahad.

Untuk makluman semua dan mungkin ramai yang dah tahu, sekarang ada alternatif baru untuk cheese yang lebih diyakini halal yang boleh kita gunakan dalam setiap masakan kita seharian. Anda semua boleh lihat di sini.

Saya bukanlah pengedar cheese ini, cuma telah menggunakannya untuk setiap masakan dan tempahan dari pelanggan yang dihormati. Sekurang-kurangnya dapat gak kita semua membantu peniaga muslim bumiputera..he he he macam best aje.

Wokkey ini sahajalah yang mampu saya kongsikan bersama ANDA semua.

Saturday, July 10, 2010

Kek buah kukus..



Salam sejahtera..dah selesai mengukus kek buah ni. Mula kukus dari jam 4.30 petang n selesai jam 8.30 malam. 1 st time kukus dalam bekas plastik n memang tak tahu perlu ikat ngan foil atau tidak. Ku tibai aje, alhamdulillah. Ini gak kek peberetku. Dulu mak selalu buat bile raya. Tgk aje tak masuk kat hati..he he he.

Raya tahun lepas ada buat n sebenarnya tempahan sentiasa terbuka kepada sesiapa bebila masa pun, x perlu tunggu raya. Tapi biasalah kek ni penuh ngan kemanisan dari buah-2 campuran.

Kalau semuanya ok nak bagi sampel kat memberku. Insyaallah.

Terlebih sedikit R..

Musim orang makan sotong. Menu berbuka Khamis haritu..TOMYAM seapoot.

Teringin sangat nak makan mee goreng yang banyak taugeh..dah dapat, menu berbuka semalam.

Lebih cream puff ode dari Zaryna semalam, inilah bila terlebih R..

Friday, July 9, 2010

Baby fruit n blueberry cheese tarts n cream puff..ode dari Zaryna





Salam sejahtera.

Dapat ode kedua dari Zaryna yang sebelum ini ode 50 bj fruit tarts. Kalini Zaryna ode 25 bj baby fruits tart, 25 bj baby blueberry cheese tarts n 30 bj cream puff. Harap Zaryna puashati..tqvm.

Masaku publish N3, Zaryna lum sampai lagi untuk ambil ode ini dariku...