Sunday, January 30, 2011

Ode pertama..dari Lina



Kenangan membuat kek ni..he he he. 3 kaliku buat semalam, x berjaya. Yang kali ke 3 tu dah ok, naik cantik, cepat sangat ku terbalikkan, last-2 jatuh...perghhh dah frust. Msg kat Lina mungkin x de kek seperti yang dia mahukan..cuma berjanji insyaallah.

Pagi tadi bangun selepas solat Subuh, terus buat..walaupun tak berapa naik sesangat tapi insyaallah menjadi..alhamdulillah. Semoga Lina n famili puashati. Masih ada dalam fridge..tunggu call/sms dari Lina aje.

Tqvvvm Lina, selalu ode n support biz kecil-2ku....

Komen dari Lina..Sangat-2 berpuashati.

Saturday, January 29, 2011

Baby fruit tart ode dari Che Mid n Puan Natasya

Sesi Pagi


Ode 50 bj baby fruit tarts dari Che Mid, jiran setaman yang kini telah berhijrah ke Sungai Petani kerana mengikut suaminya bertugas di sana. Che Mid ode sebelum dia balik ke Meru. Dia dah lama teringin nak merasa, so pepagi tadi masa nak hantar anak sulung ke sekolah, jam 7.30 pagi dah hantar ode tersebut. Alhamdulillah Che Mid puashati.

Sesi Petang


50 bj baby fruit tarts ode kali kedua dari Puan Natasya. Thanks harap puashati.

Kalini kuhias dengan anggur merah, anggur hijau dan buah peach sahaja sebab masa balik hari Jumaat haritu singgah ke Sri Kota kat bawah tu, mak ai..buah kiwi cinonit aje RM2.10 sebiji. Nak pengsan telinga makcik. Tak berbaloi pulak untuk dibeli, sib baik ada anggur-2 ni.


Thursday, January 27, 2011

Baby blueberry cheese tarts n cream puff ode dari Lin



Ode dari Lin dan hantar ke ofisnya di Seksyen 13, Shah Alam.

50 bj baby blueberry cheese tart
50 bj cream puff


SMS dari Lin :

Abih dah cistat n creampuff dlm masa 15 min pas jamuan td...he he he tqvvm ye Lin

Tuesday, January 25, 2011

Japanese Cotton Cheese Cake



Assalamualaikum buat semua, memperkenalkan produk baruku..walaupun orang lain dah lama..he he he. Japanese Cotton Cheese Cake. Setelah mencuba beberapa kali..akhirnya. Alhamdulillah.

Thursday, January 20, 2011

Pengumuman..hpku rosak.

Assalamualaikum dan semoga semuanya sihat. Ibu-ibu, bapak-bapak, minta perhatian.

Mohon maaf kepada sesiapa yang cuba menghubungi saya, hp saya rosak. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi saya melalui email atau facebook saya..

Sunday, January 16, 2011

Ode dari Zaryna lagik..



Alhamdulillah telah selamat disiapkan jam 10.20 pagi tadi dengan bantuan dari suami yang menolong sapukan jel apricot diatas tart..he he he, tq darling, muah muah muah.

Sambungan dari ode semalam TAPI ini untuk makan di majlis perkahwinan harini, 300 bj baby fruit tarts, thanks bebanyakkkkkkkkkkkk....Zaryna.

Selamat pengantin baru buat Zeze, insyaallah kalau tiada hal kami akan sampai kerumah mu kerana kebetulan Pak Sedaranya kawan suamiku.

Saturday, January 15, 2011

Fruit tart..ode dari Zaryna



Assalam..selamat diambil oleh bakal pengantin...200 bj baby fruit tarts ode dari Zaryna, Meru. Thanks selalu support akak.

Friday, January 14, 2011

Kek mousse coklat pisang dan pic



Ode terakhir dari Mai sebelum di berpindah ke cawangan baru UiTM yang lebih dekat dengan kedua orangtuanya iaitu UiTM Cawangan Tapah.

Komen dari Mai :

Sedap macam kek indulgence n dah habis pun ..jam 11.19 pagi.

Tq Mai, akak doakan Mai berjaya dan sentiasa berbahagia walau berada di mana pun. Sudah hampir 11 tahun ku mengenali Mai. N thanks for being a good friend..teringat kenangan sebelum cuti raya beberapa tahun sebelum..cari brooch kat bawah Kompleks PKNS bersama..last minit punya projek.

Friday, January 7, 2011

Kek coklat lembap..ode dari Ina




Selamat dihantar sewaktu di dalam perjalanan ke ofis kepada x ofis mateku, Ina untuk birthday teman sepejabat..tq Ina.

Harap Ina n frens puashati.

Thursday, January 6, 2011

Cream puff n baby fruit tart





Assalam n selamat malam buat semua.

Kira ode pertama tahun 2011 dari Yatie, Seksyen 2. Yatie dah banyak kali jugak ode dariku..tqvvm ye Yatie.

Kalini Yatie ode 40 bj cream puff n 100 bj baby fruit tarts.

Tq..tq..tq

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalam, selamat sejahtera n selamat bercuti buat semua warga Malaysia terutama kepada pelanggan-2 yang pernah berurusniaga dan pengunjung-2 yang menziarahi blog ini. Sokongan tuan puan sangat-2lah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekiranya sepanjang Adnazthie-Kek berurusan dengan pihak tuan puan dan terdapat kekurangan, harap dihalalkan. Adnazthie-Kek sudi menerima teguran untuk kebaikan dan menambahbaik lagi setiap produknya.

Terima kasih.......terima kasih........terima kasih dan selamat tahun baru 2011.