Friday, November 27, 2009

Kek marble susu




SIL aku yang tempah kek emergency semalam tanya samada aku ada buat kek marble..memang ada. Ni aku ambil resepinya dari tuan punya blog resepi yang selaluku ziarah di sini tuan punya blognya dan tak pernah kedekut setiap resepi yang diketahui . Sedap gak rasanya. Okeylah Puan Mazian nantileh ode dari Kak Lang lagi ye..

Kek lapis coklat cadbury untuk Teacher Jiha



Ode ke2 dari orang yang sama, baru sebentar tadi disiapkan dengan jayanya. Alhamdulillah..lega biler dah siap. Masa hari raya aidil fitri dulu pun dia ode kek lapis yang sama. Katanya mak dia suker sangat.
Untuk menjimatkan masa, saya menggunakan loyang 8' x 16' yang ditempah khas untuk memudahkan koje-2 melapis ni kalau 2 kek lapis yang sama. Jimat masa n tenaga.
Saya dapat 2 biji kek yang beratnya 1.3kg setiap satu. Saya lapis coklat cadbury pada 3 lapisan aje. Untuk loyang saya ni, saya cuma letak 88 keping cadbury aje, so setiap satu kek ada 44 keping coklat cadbury. Saya jual pun pada harga biasa aje, kalau ode 2 saya akan bagi harga RM100/=. Memang penat melapis TAPI rasanya berbaloi bila orang suka. Apa-2 pun alhamdulillah, inilah namanya rezeki hari raya ni.
Terima kasih Jiha nanti ode-2lah lagi. So pada sesiapa yang nak ode silakan..saya available..

MC Brownies n MC Cake

Lupa nak citer, bebaru ni aku ada buatkan yang kek yang kekononnye MC Brownies, bila dicheck semula adalah MC Cake..kesian Husna, adik Dr yang aku kenal melalui email yang pernah dia hantar ke IKIM.fm.
Nasib baik dia ni jujur dan baik hati dengan memberitahu pada aku yang aku hantar tu rasanya macam kek.

Aku..? Balik dengan tenang aku membuat semakan semula. Ha ha ha , memang aku dah buat silap. TAPI alhamdulillah dia kata kek MC tu sedap. To Husna kak minta maaf yer, rupanya brownies ni kena cairkan butter, biasalah untuk orang macam aku ni yang tak pernah menuntut ilmu bikin kek dari sesiapa TAPI dari try n error dari i-net, lepas tu tak baca betul-2.
Pengajarannya, semua kerja atau apapun dalam kehidupan kita kena semak dengan terperinci dulu, nasib baik Husna, kalau tak silap-2 kena tut..tut..tut agaknya. Apa-2 alhamdulillah n TQ to Husna gak. Kepada pengunjung blogku ini jangan pulak takut nak ode..he he he manusia biasalah buat silap dan perlu belajar dari kesilapan. Teruskanlah memberi sokongan kepada aku yang mak budak baru belajar..

Ode mengejut dari Yan SILku


Maghrib tu Yan call tanya leh buatkan apa-2 kek coklat untuk dibawa balik ke rumah MILnya di Sg Kandis, Kelang yang akan mengadakan ibadah korban..aku? Terkejut n sedikit panik..Akhirnya aku setuju walaupun asalnya aku nak buatkan ode dari Tea Jiha, x guru tadika anakku. Asalnya nk buat kek coklat biasa, dia setuju, last-2 aku sms semula janji nak buatkan kek lapis coklat lembap Alongroz.

Siapkan ode dari Ustazah Laila, aku terus melapis n start melapis jam 8 malam, aku ada bg tau minta bagi sedikit masa kat aku. Ha'ah hampir 11.45 malam semasa melapis yang terakhir (tengah tunggu masak), dia dah sampai. Dia dapatlah tengok aku menyambung koje aku yang terakhhir tu. Ha ha ha tak pernah sepanjang orang ode, aku bagi bawa loyang. TAPI disebabkan tak sempat sejuk lagi aku setuju bagi dia bawa loyang n kami akan jumpa di rumah SIL aku yang akan pindah ke rumah barunya selepas akhir SPM nanti. Gambarnya pun aku sempat ambil satu aje.

Semoga depa yang merasa kek aku ni puas hati..SALAM EIDUL ADHA.

Ode dari Ustazah Laila



Alhamdulillah dapat gak siapkan khas untuk Ustazah Laila, jiran lorong aku a.k.a guru ngaji anak-2 ku. Sebab dia nak bawa balik ke Teluk Intan, Perak, so aku cuma make up ngan coklat ganache aje.
Dia suh siapkan malam tadi sebab dia ada dengar anak-2 nya bersembang, kalau aku hantar sebelah pagi depa nak perabih tak yah bawa balik ke kampung..he he he..bebudak. Ni semalam call dia untuk ucap tq, dia kata nak-2 nya dah tak sempat guna pisau untuk potong kek, depa main sudu aje..ha layan..Apa-2 pun tq ye LAH, nnt ode-2 lah lagi.

Wednesday, November 25, 2009

SALAM EIDUL ADHA

Salam Eidul Adha buat semua sahabat dan rakan pengunjung blogku ini.
Buat TETAMU ALLAH di tanah suci semoga hajimu dirahmati dan diterima.
Buat kita pula, semoga akan menjadi TETAMU ALLAH pula di tahun akan datang. Insyaallah..Amin..Ya Rabbal Alamin.

Marble Cheese Brownies n Kek Chiffon Pandan lagi


Mesti boring bebalik gambar kek yang sama. Sowey mowey, ini aje yang akak dapat nak hapdet supaya akak tak boing asyik tengok N3 yang sama. Lagipun bagi aku yang IKS ni, biasalah ode yang tak tangkap maut. Sesikit aje.
Marble cheese brownies ni, resepinya aku tengok kat blog mamasya. Dia ikut resepi maklang azie, aku buat untuk Noraini, masuk ni dah kali ke3 dia ode jenis kek yang berbeza dariku. Alhamdulillah n thanks 4 yur suppport. Katanya untuk kenduri masuk ghumah baru. Dia ni pun dulu biasa buat kek n biskut raya, kalini tak sempat....... Takpe Noraini,.... ode aje.
Yang kek chiffon pandan ni, apalagi, aku buat untuk ofismate aka bos muder aku..insyaallah akan aku berikan harga terbaik untuk kamu. Janji kamu puashati.
Memang ada yang nak suh buatkan kek lapis coklat cadbury tapi aku setkan insyaallah esok baru nak buat. Lagipun Tea. Jiha anak aku ni memang dia nak hari Sabtu, lepas raya. Apa-2 pun alhamdulillah.

Order ke 2-Kek Chiffon Pandan





Order ke 2 kali ini oleh x ofis mate aku yg dah join koje kat UiTM, Shah Alam. Maimunah namanya, dialah pencetus idea untuk aku buat kek chiffon pandan ni.
Dia ode untuk bawa balik ke rumahnya di kampung Chenderong Balai, Perak. Chiffon bersantan n x bersantan, sebabnya aku tak tahu mana yang nak kata SEDAP. Aku bagi diskaun untuk 2 biji kek yang diode olehnya. Apa-2 pun Mai, akak harap memuaskan hati semua yang Mai jamu.
N last but not least, aku minta maaf gak buat kekawan yang ada ode last minute n tak dapat aku penuhi. Insyaallah leh ode lain kali ye. TQ bebanyak..atas sokongan anda.

Friday, November 20, 2009

Kek Chiffon Pandan untuk Ayan

Kek chiffon pandan tanpa santan


Kek Chiffon Pandan bersantan

Atas permintaan rakan blogku Che Mid yang juga jiran setaman. Kata dia ini peberet Ayan, anak lelakinya.
Dia minta aku buatkan yang bersantan, aku buat n siap pada jam 6.30 petang...guna bekas berlekuk-2. Malangnya bila dah terbalikkan, keknya tak mahu tanggal..Aku buat manual, dah tanggal dari bekas, ada pulak kek yang melekat..aduilah.
Aku telefon Che Mid tanya kalau boleh lambat sikit sebab janji nak hantar lepas maghrib. Dia on. So aku memulakan semula projek kek chiffon pada jam 6.30 petang, kalini aku buatkan yang tak bersantan pulak. Ada gak sedikit yang aku terpotong semasa cubaan menanggalkan dari loyang sebab kek masih panas lagi.
Okeylah Che Mid, harap anda sekeluarga berpuashati...

Marble Cheese Brownies yang sebenarnya MC cake




MCB ini khas untuk Husna yang berada di Kubang Kerian, dia minta aku poskan dan sampai sebelum hari Rabu minggu depan. Sebab dia akan balik ke Pekan Pahang pada malam Rabu tersebut.
Jenuh gak aku mencari kotak yang sepadan dan sesuai, last-2 aku jumpa kotak PIZZA kat 2ply..wakakaka..Insyaallah dah boleh pos, cuma aku harap kondisi MCB ok bila sampai ketangannya dan harapanku agar MCB ini memenuhi citarasanya. Tunggu ye Husna..adindaku.

Thursday, November 19, 2009

Marble cheese brownies cuti-2 sekolah



Saja dibuat sebagai tambahan sempena nak cuti sekolah. Ini packing pengenalan. Harap akan ada susulan +ve.
Lupa nak bagi tahu, sekarang krim keju buatan muslim dah ada di pasaran , so dah tak bimbang dengan bahan-2 yang musykil. Sebagai tanda memberi sokongan terhadap produk tersebut, krim keju untuk MCB ini saya guna D'qisra cream cheese.

Wednesday, November 18, 2009

Tempahan kek lumut n percubaan kek chiffon pandan tanpa santan..

Kek ini ditempah oleh SIL aku untuk member dia..Semoga dia berpuashati..




Namanya pun 1st time, tak tahulak kek ni bersantan n tak bersantan..
Harini pulak aku mencuba yang tak bersantan...

New cake in da house


This cake are made for makan..
This cake I made for Mai
The recipe I got from Dapur Tanpa Sempadan
And if u like u can ode n try...

Kepada sesiapa yang pernah dengar lagu lama..aku tak pasti penyanyinya..so kena pantun ikut rentak/melodi lagu tu...THIS BOOT ARE MADE 4 WALKING

Sebenagnyer ini psst time aku buat kek chiffon pandan ni, Cik Mat Gebu syorkan loyang saiz 26cm BUT..aku cuma ada loyang saiz 23..so aku layan masak dalam loyang tu..melimpah-2, berbaloi-2 macam iklan P1ymax..(alamak ye ke ejaan aku ni).

Apa-2 pun anak psst aku tu suka bebenag..makanlah sayang..esok aku nak bawak untuk x ofis mate aku yg skrg dah koje kat UiTM, kalau ada rezeki aku..dapatlah ode dari dia..AMIN..

Monday, November 16, 2009

Cheese brownies or brownies cheese


Aku buat pada hari Sabtu sambil memasak sarapan pagi. Sebenarnya ini kali pertama aku masak kek/brownies dengan bahan tambahan keju krim. Alhamdulillah menjadi. Ini pun sebab ada adik dr KB yang tanya, so aku try n error.
Rasanya pada aku yang kureng dengan keju ni, sedia maklumlah..bolehlah. TAPI bagi yang memang peminat cheese brownies ni..bolehlah ode jangan malu-2.
Teksturnya lembut n ada rasa masam-2 sikit.. sebab keju tu. K bolehlah calling-2 saya..

Tuesday, November 10, 2009

Kek lapis coklat lembap lagi...


Buat atas permintaan Azie jiran lorong aku. Masa aku balik dari kerja petang semalam, memang kena lalu depan rumah dia. Sambil tu aku menyapa apa dia sedang asyik buat..
Dia pun minta tolong buatkan kek ini yang aku ada bagi dia rasa minggu lepas. Tak kisahlah bila aku boleh siapkan..
Untuk tidak menghampakan dia n stok bahan kek pun ada, apalagi sambil buat koje rumah makcik pun melapis. Aku buat separuh adunan aje...
Selamat makan ye n nanti leh lah selalu ode. TQ sesangat.

Monday, November 9, 2009

Kek lapis masam manis n coklat

Semalam aku buat kek lapis coklat untuk SIL tempahan dari member dia. Sambil tu aku buat sekali kek lapis masam manis ni. Kebetulan stok biskut marie yang dah siap mesin ada n ada gak stok haw flake, apalagi makcik pun terajinlah pulak nak membuatnya.
Saja tak upload gambar kek lapis coklat. So layan gambar ini ajelah. K kalau ada sesiapa nak untuk tempahan raya haji ni, bolehlah hubungi saya untuk talian kasih tu..he he he.
Sori gambar kualiti not okey..hp taklah murah sangat pada aku. Mega pixel rendah..cover..jangan tak cover.

Monday, November 2, 2009

Kek kukus n lapis coklat lembap

Selamat harijadi Sumayyah yang ke2 tahun. Semoga jadi anak yang solehah dunia akhirat.

Aku buat 2 loyang saiz 7" x 7", untuk PKK n untuk member aku Zue. Aku tak potong tepinya, sebab kekadang ada orang suka. Harap depa semua puashati .

Pagi tadi bawak untuk member ofis, kebetulan depa dah start nak diet. Oleh kerana menghormati niat mereka itu, sebahagian dari kek tu aku minta Kak Som bawa ke tempat dia nak buat keje. Alhamdulillah terus dapat ode. Kena sedekah Kak Som sebab dia jadi marketing aku indirectly. Tq Kak Som ku sayang.

Balik keje tadi, selepas ambil anak-2 dari sekolah, aku pun memulakan projek buat kek harijadi anak sedara aku Sumayyah n bagi anak-2 makan selepas depa siap mandi n sembahyang Asar sa mbil layan Sumpah Bunian episod akhir. Lepas makan baru aku buat kek lapis pulak. Siap lebih kurang 9 malam.