Ode dari Zurita, member Mai, untuk birthdaynya. Selamat harilahir buat Zurita, semoga sentiasa tercapai segala hajat dan hasrat yang diimpikan dan semoga berpuashati dengan kek tersebut ye...Tqvm kepada Mai n frens.
Tuesday, November 30, 2010
Saturday, November 27, 2010
Kek lapis coklat lembap...ode dari mak sedara sepupu
Ode dari mak sedara sepupuku untuk diberi sebagai hadiah kepada pihak perempuan sempena majlis pernikahan putera keduanya Ezuan.
Asalnya nak buatkan kek berkrim, silap makan pulut, kembung perutku, langsung x leh nak buat apa-2 dan terpaksa menahan sakit dari tengahari hingga ke malam. Kek lapis ni nak bagi mak sedara juga ode dari dia untuk buat makan-2, terpaksa tukar plan. Next week baru dapat buatkan untuk dia. Insyaallah tunggu ye Alang...he he he sib baik ada baki adunan dapatlah kek saiz 7" x 7" untuk ku rasakan sedikit.
Telah selamat dihantar ke Banting malam tadi.
To Ezuan, selamat pengantin baru, semoga kekal bersama ke akhir hayat.
Kek coklat lembap, baby fruit n cheese tart...ode dari Izza
Kek coklat lembap kukus saiz loyang 10", cuak juga pertama kali mengukus adunan dalam kuantiti yang banyak, ku salut dengan buttercream, letak sedikit filling oren n choc ganache.
Ode dari Puan Izza, Taman Meru Utama untuk birthday anakandanya Idlan Hamzah. Tq Izza, harap puashati dengan rasanya ye..hati tengah risau ni kalau pelanggan baru.
Dah taip N3 ini, baru perasan hp aku ni dah hilang tarikhnya, nak kena disetkan semulalah nampaknya...
Tqvm Izza.
Friday, November 26, 2010
Kek lapis coklat lembap n baby choco tart..ode dari kak Zakiah member Mai
Salam petang Jumaat buat semua. Ode dari member Mai, Kak Zakiah...tqvm kak. Nak minta maaf juga sebab ada beberapa biji tart yang tertonggeng di dalam perjalanan tadi.
Tuesday, November 23, 2010
Baby fruit tart n cream puff..ode dari Huda
Thursday, November 18, 2010
Wednesday, November 17, 2010
Baby fruit tarts n kek carrot..ode dari Ummi Zainab
Last ode sesi petang yang telah selamat disiapkan balik koje tadi..he he he, tgh touch up akhir Umi Zainab (member Mai) sampai..sib baik x mengeletar...Alhamdulillah siap. Ummi Zainab ni mmg dah banyak kali ode kek carrot ni..tq bebanyak nnt ode lagi..
Sebelum terlewat inginku mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-2 ku yang telah banyak menyokong produkku ini, segala kekurangan harap dihalalkan dan diucapkan Salam Aidil Adha buat semua yang beragama Islam terutama yang berada di Tanah Suci Mekah dan seluruh dunia.
Baby fruit tart n baby cheese tart
Alhamdulillah dapat siapkan dalam keadaan dah mengantuk sesangat n tetiba dapat energi selepas suami janji tolong kilatkan..he he he
Kak Kintan ode 50 bj bbc tart n 50 bj bby fruit tart
Kak Noridah ode 200 bj bby fruit tart
Ita ode 100 bj bby fruit tart..semoga puashati dapat campuran stoberi n anggur
Tq juga selalu support Adnazthie-Kek.
Tuesday, November 16, 2010
Baby fruit tarts, baby blueberry cheese tarts n choc tart..ode dari Su
Asalnya Su ode 100 bj bby fruit tart, last minit dia nak tukar, tak janji nak buatkan TAPI kerana mengenangkan keinginannya itu, kubuatkan jugak..harap Su n famili suka ye. Su ni x ofismate ku juga..TQVM
Rich moist choc cake dan kek nescafe
Ode dari member Ina untuk bday anaknya Aniq yang sambut bday pada 18 Nov nanti. Dia nak kek sama macam Ina pernah ode untuk anak sedaranya NURIY cuma nak gambar Upin & Ipin. Tq dik harap puashati n semoga sesuai dengan citarasa awak sekeluarga.
Ini pulak ode dari SILku, Anis di Rantau Panjang. Dia n famili peminat setia kek ni..tq Anis harap rasa nescafe tu melekat kat tekak kau orang..he he he. Tq Anis n Sabri. Nnt ode lagi ye..
Labels:
Kek Birthday,
Kek Nescafe,
Rich Moist Chocolate Cake
Monday, November 15, 2010
Sicilian orange cake n devil choc cake..ode dari Liza
Friday, November 12, 2010
Eclairs, cream puff n fruit tarts..ode dari Zawiah n frens
6 x 25 bj eclairs
Alhamdulillah dan salam siaran. Ode dari Zawiah n frens. Tq Za tolong promote produk Adnazthie. Sebelum ni, Za ode yang sama untuk majlis kenduri harilahir anaknya. Tqvm sekali lagi.
Kebetulan ada stok anggur untuk anak-2, jadi untuk ode kalini, kuselangselikan anggur dan strawberi. Harap Za n frens berpuashati ye..tq sekali lagik.
Tuesday, November 9, 2010
Friday, November 5, 2010
Eclairs n baby fruit tarts..ode dari Zawiah, P. Klang
100 bj baby fruit tarts
Alhamdulillah telah selamat disiap dan diterima oleh Zawiah dari Pelabuhan Kelang. Za juga ku panggil, dah mula ode dari bulan lepas tapi ku pesan suruh call semula 2 minggu sebelum kejadian.
Za ode untuk kenduri kesyukuran birthday 2 orang anaknya..tq Za, harap puas hati n nanti ode lagi ye. Terima kasih bebanyak.
Cream puff bercoklat..ode dari Zaryna
Salam sejahtera..dapat ode lagi dari Zaryna, Meru. Kali ini Zaryna ode 80 bj cream puff atasnya bercoklat..tq Za selalu ode ngan akak.
Tak lama lepas suaminya ambil sebelah petang tadi, Zaryna sms nak ode lagi 40 bj untuk makcik nya yang dah berkenan..kalau tak de hal akak buat ye.
Tqvm...selamat menjamu selera.
Muffin beri biru, nenas n oren...percubaan 1
Salam pagi Jumaat buat semua dan diharap anda semua sihat. Dah lama teringin nak buat muffin n inilah hasilnya. Ku letak jem beri biru, nenas dan oren.
Resepiku dapat dari blog Puan Noraini Zakaria, tq Puan tapi kukurangkan penggunaan gulanya sebab terfikirkan kemanisan jem yang akan diletak. Sebelum tu ada gak cari tip-tip membuat muffin di Alkiram....tq ye.
Rupa parasnya belum berapa jadi n ku guna apa saja yang ada di rumah TAPI rasa memang sedap, alhamdulillah. Kebetulan anak jiranku, Hafiz dan Firdaus tidur kat umah n tak masak malam jadi inilah yang kuhidangkan panas-2 malam tadi. Ku lihat Firdaus makan beberapa kali.
Wednesday, November 3, 2010
Kek oren n kek butter pelangi..ode dari Najib lagi
Salam n selamat hari Rabu. Masa N3 ini dah jam 12.40 a.m..baru siap menghiaskan kek untuk Najib. Masuk kalini dah 3 x Najib ode kek yang sama iaitu kek butter pelangi. Manakala kek oren sicilian tu, ku saja tanya kalau-2 dia nak mencuba.
Dia tak beri sebarang tema, ku yang saja memandai. Bunga ros tu, menghabiskan stoknya sebelum rosak..free.
Harap Najib n famili berpuashati sekali lagi n tqvvvm sebab ode lagi. Next time leh ode kek len pulak ye..he he he, kalau ada rezeki untuk Adnazthie-Kek.
Subscribe to:
Posts (Atom)