Ini pun hadiah dari salam2benua, salah seorang yang berjaya meneka 'bean in the jar'. Tq. Fathieha dah ambil 1 key chain yang diberi, 1 lagi nak bagi kat member ofis. Nak kena Fathieha semula kat mana dia simpan.
Kek tiramisu yang tak sempat nakku make up kan. Fathieha nak rasa katanya.
Kek tiramisu yang tak sempat nakku make up kan. Fathieha nak rasa katanya.
Choc banana n peach cake, tak nampak pulak buah pic nyer. Sowilah ye, layan gambar...
Esok anak-2 akan mula bersekolah. Aku tumpangkan seminggu kat sekolah lama sementara menunggu keputusan rayuan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi. Zaman ekonomi gawat ini banyak yang kena dikirakan terutamanya bab kewangan. Semoga ada rezeki anak-2 aku. Kalaupun tak dapat mereka tetap akan terus bersekolah di sekolah lama.
Dengarnya ramai yang memohon pertukaran. SRAI, Seksyen 7 tu pulak sebenar untuk penempatan pelajar dari SRAI, Seksyen 19 dan Batu Belah yang memang dah padat. Aku memang dari dulu suka anak-2 ke sekolah yang subjek ugama n kebangsaan digabungkan. Senang tak yah gi sekolah 2 kali dan memudahkan aku yang memang tak minat ambil pembantu rumah. Lagipun kesian kat depa kena urus diri sendiri selepas balik dari sekolah sebelah paginya untuk ke sekolah sebelah petangnya pula, walaupun sebenarnya ramai yang anak mereka menguruskan diri sendiri, aku aje yang tak confident.
Sowilah membebel, baru balik dari Melaka. Cuti ngan emak n kakak aku n famili. Balik tadi aku terus buat tiramisu n choc banana n peach cake untuk makan sendiri n try dari resepi lain pulak...saja nak bagi penat diri sendiri. Kek tak siap make up, nanti aku akan upload kemudian. Ini merangkap kek b'day suami yang hari dulu tak jadi. Epi b'day sekali lagi my dearest...
Nanti dah siap aku upload kat N3 ni gak tau..n nak bagi tau tempahan untuk semua kek dibuka kembali...K kengkawan dah siap upload kat ofis sebelum 8.30 pagi 04 Jan 2010. Lum mula waktu koje..he he he.
No comments:
Post a Comment