Tema krim pulak pilihan pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki.
Alhamdulillah dapat ode dari Lina yang suka mengait kopiah bebudak tu. Kali ini n tugasan yang ku terima adalah menyiapkan kek hantaran pihak lelaki n perempuan. Wah, memuda kau dah terima menantu ye Lina. Alhamdulillah.
Lina kahwinkan anak sulungnya yang baru habis belajar di IKBN. Selamat pengantin baru. Ucapan dan pesanan buat pengantin baru, Idah & Nazim, walaupun korang masih muda, insyaallah selagi di dalam rumahtangga sentiasa bertolak ansur dan bersama di dalam menuju keredhaan Allah swt, insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Gaduh-gaduh sayang tu, akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang anda berdua. Semoga jodoh kalian berpanjangan dunia dan akhirat dan dikurniakan anak-2 yang soleh n solehah.
Lina aku harap kau berpuashati dengan deko aku yang baru sesangat ni. Ini pengalaman pertama aku di dalam menyediakan kek untuk hantaran. Sebenarnya dalam hati ku risau, berdebar-2 semasa menyiapkan tugasanku ini. Yelah majlis besar untuk orang kecil sepertiku ini. Semoga semuanyer puas hati ye..tq bebanyak sesangat sebab bagi kepercayaan kat aku untuk majlis anak kau ni.
Sebenarnya N3 ni dah ku buat masa hari Jumaat saja malas nak 'publish'...he he he. Apa-2 pun sekali lagi, tq bebanyak ye Lina.
Sebenarnya N3 ni dah ku buat masa hari Jumaat saja malas nak 'publish'...he he he. Apa-2 pun sekali lagi, tq bebanyak ye Lina.
No comments:
Post a Comment