Saturday, April 24, 2010

Kek span beri biru..ala-2 kek hutan hitam



Anak sedaraku yang sorang ni memang peminat kek ni. Aku pernah buat lebih dari tiga kali, masa awal-2 join MyResepi. Tapi simpel-2 aje. Dia pernah makan n untuk b'day dia harini dia mintaku buatkan.

Aqilah ni sepatutnya keluar lewat dari anak keduaku, Nazmi. Tapi kuasa Allah mengatasi segala, dia jadi kakak untuk Nazmi yang akan sambut b'day pada 30 April ni. Masa ibu-2nya dalam pantang memang seronok sebab ada geng n depa berdua pulak tak leh bersama..he he he. Anakku jadi anak susuan adikku kerana aku keluar hospital lewat sebab dioperasi. Nasib baik boleh keluarkan anak dulu. Kalau tak kena tahan wad lebih lama sebab mana ibu nak jaga anak yang kena Jaundis.

Untuk Aqilah, Mak Ngah doakan jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat. Rajin-2 belajar tau. Sayang..muah-2 3x.

No comments:

Post a Comment