Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Untuk SEMUA

Kita layan juadah/hidangan makan tengahari yang telah disediakan dengan penuh kasih sayang oleh suami tercinta.


Sambal Ikan Bilis


Udang Masak Lemak


Ikan Gelama Goreng, baki ayam goreng yang telah selamat diratah oleh anak-ku n anak-2 sedaraku


Sayur kobis goreng bertelur

Telur Dadar

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di sini, di sana, di situ dan di semua tempatlah. Selamat hari ibu untuk bondaku Puan Fatimah Dol dan bonda mertuaku Puan Kalthum Abdul Rashid. Semoga berbahagia meniti usia emasmu dan aku sayang kamu selalu.

Harini memang meriah kat umah petang ni, adik perempuan n adik lelaki ku sekeluarga datang tanpa dirancang bersama.

Aku yang dah kepenatan tadi, alhamdulillah suami mengambil alih memasak. Thanks abang sayang..muah..muah..muah.

Dan untuk makluman semua semua makanan telah diselesaikan oleh adik lelakiku sekeluarga yang tiba trip kedua..he he he, masa tu kami baru sahaja selesai makan.

Akhir sekali SELAMAT HARI IBU untukku sendiri.

No comments:

Post a Comment