Sunday, August 8, 2010

100 pcs baby fruit tarts...kak Rosni



Salam petang Ahad. Masa ni depan rumahku sedang riuh rendah suara anak-2 bermain termasuklah anak daraku yang berumur 5 tahun tu.

Thieha tak kira, Thieha nak main juga..ingat kartun dari Les Copeque.

Semalam pula jiran sebelah rumahku buat kenduri aqiqah untuk anaknya yang lahir pada 17 Julai lepas, Muhamad Adam. Sembelih kambing 2 ekor, aku, Azie, Amsiah n Ita buat-2 sibuk membantu apa yang termampu.

Kak Rosni sebenarnya menambah ode sehingga 200 bj tapi aku memaklumkan tidak dapat memenuhi permintaannya memandangkan majlis di rumah jiranku itu. Duit boleh cari, rezeki Allah sentiasa beri. Jiran umpama adik beradik, nanti kenduri aku takde pulak orang datang menolong, bukan mengharap balasan pula...he he he. So 100 ajelah yang dapatku siap seawal pagi sebelumku kerumah jiranku Midah.

Suami tolong membawaku berjumpa kak Rosni di Kelang semalam. Lupa nak bagi tau, kak Rosni merasa tartku itu dirumah pelangganku Azfa yang pernah mengode 300 bj tart yang sama sebelum ini. Apa-2 pun tqvm kak..

No comments:

Post a Comment