Saturday, December 25, 2010

Triffle n rich moist choc cake..untuk Aween.





Selamat hari lahir yang ke 7 buat anak sedaraku, Athirah Syazween. Permintaan dari ibunda tercinta untuk meraikan anak daranya itu.

Aween, nama panggilan anak sedara sebelah suamiku ini, anak ketiga, selepas kakak keduanya yang sekarang berusia 15 tahun. Kebetulan pula ada 3 anak sedara sebelah suamiku ini, lahir pada bulan dan tahun yang sama iaitu Norman-21 Dis, Aween-24 Dis dan Wawa pada 30 Dis. Selamat hari ulangtahun kelahiran ye sayang. Untuk seorang lagi anak sedaraku Zaem, abang Wawa..selamat hari lahir jugak.

Aween tak suka kek bertulis-2 n ada krim sebenarnya. Tu yang letak choc ganache aje....Buat Wawa n Zaem, tunggu ye Sabtu depan, insyaallah kita jumpa nak mak lang buatkan kek lagik..he he he.

Debaran masa orang makan kek depan mata memang terasa....alhamdulillah semua kata sedap n puashati..Lega makcik.




No comments:

Post a Comment