Assalamualaikum buat semua, masih belum terlambat rasanya untukku memohon segala kemaafan sepanjang berurusniaga dengan semua pelanggan -2 yang dikasihi. Sokongan dari kalian sangatlah dihargai sepenuhnya dan mohon dihalalkan sekiranya terdapat kekurangan.
Sebelum cuti Nuzul Al Quran, aku dan anak perempuan demam teruk hampir seminggu berjangkit dari anak sulungku. Masa demam jugalah, aku gagahkan diri, siapkan casing tart. Alhamdulillah, syukur Allah sihatkan juga untuk selesaikan tempahan yang diterima.
Kek lapis choc lembap
Kek lapis masam manis/hwa flakes
Alhamdulillah juga, dapat ode yang sama jenis dari Cikgu Liza n Dr Nurma (KB), senang bakar dalam loyang bersaiz besar dari biasa.
Cikgu Liza, masa cuti Nuzul Al Quran pun ode kek lapis juga untuk dibawa balik ke JB. Pertama kali mengepos kek lapis untuk Dr Nurma, sebelum ini, kalau tak silap ini kali ke 3, bila dia balik Bangi baru dia ode. Terima kasih ye, harap berpuashati.
No comments:
Post a Comment