Aku mulakan operasi buat kek selepas solat Asar. Siap bakar sebelum Maghrib. Sebelum suami keluar ke Program Kem Solat anjuran taman di Taman Botani, Seksyen 8, Shah Alam iaitu selepas Isyak aku sedang sibuk memukul butter cream. Mengambil kesempatan menambah ilmu menghias kek. Siap pesan ngan suami nanti balik makan kek..sempena b'day suami mengikut tarikh kalender hijrah harini, 2 Muharram.
Aku buat atas dapur, permukaan tak rata. Dah hampir habis make up kek, tengah sibuk picit plastik icing..waaa terbalik kek aku jatuh kebawah..Anak pempuan akulah yang paling kecewa. Dia yang sibuk suggest warna yang nak pakai, warna pink, purple n hijau..Aku..? pun kecewa tapi nak buat camana..esok insyaallah kita buat lagi ye sayang.
Tak dapatlah nak upload gambar projek harini...
Kepada suamiku maaflah kek tak jadi, dia cuma dapat tengok kek oren bentuk love yang dah siap bakar sahaja tadi. Takde rezeki. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik untuk kita bersama menjalani kehidupan ini dan mendidik anak-2 menjadi anak-2 yang SOLEH dan SOLEHAH dan semoga jodoh kita berpanjangan...Amin.
No comments:
Post a Comment