Saturday, September 19, 2009

Kek coklat lembap




Kek coklat lembap untuk Norhidayati a.k.a NANO, NANO, NANO...semoga anda berpuashati dengan tugasan yang telah akak siapkan. Sori hiasan belum MANTOP lagi.
Kalau SEDAP ode lagi, kalau tak sedap bagitau akak aje..keh keh keh.

Thursday, September 17, 2009

Kek buah tempahan saat akhir Ustazah anakku


Aku sangat berpuashati dengan apa yang aku dapat siapkan untuk Ustazah anakku, Laila. Ini permintaannya pagi tadi. Sebagai memenuhi kehendaknya aku buatkan gak. Siap pukul 1.30 pagi ni.

Aku guna gula perang seperti resepi kak Fida, resepinya ada disini http://myresepi.com.

Aku memang suker giller ngan kek buah, kalau dah makan susah nak stop, walhal kandungan gulanya tinggi. Dulu setiap kali raya mak aku mesti buat, tak pulak aku belajo. Ni sekarang sibuk tengok resepi orang lain. Apa-2 pun aku harap ianya SEDAP dan memenuhi selera anak-2nya.

Tempahan Aidil Fitri









Alhamdulillah, ada adik-2 n member-2 suh buatkan kek lapis, kek lumut n kek buah sempena Aidil Fitri yang akan menjelma..

SELAMAT..SELAMAT...SELAMAT HARI RAYA.

Bagi aku orang baru yang belajar n menuntut ilmu di i-net, ni betul-2 pengalaman. Macam-2 dugaan, sampai kekadang terfikir nak buang aje adunan. TAPI alhamdulillah sifu i-netku, Puan Dayang..perasannya aku tempat aku bertanya. TQ Puan Dayang. Tapi saya tak lawan tokey. Rasanya semua kek lapis yg aku buat kali ni memang guna resepi dia..HALALkan ye.

Kek lumut aku guna versi KEMAS yang aku dapat dari kakakku. Manakala kek buah pula hasil percubaan beberapa kali dari resepi Diana n kak Fida (MyR). Harap halalkan ye.

Kepada semua yang telah menempah kek aku, ucapan ribuan terima kasih buat kalian. Semoga tak serik untuk menempah lagi. HALALkan sekiranya hasil kerjaku kurang memuaskan. Apa-2 pun SELAMAT MENJAMU SELERA bersama keluarga.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Wednesday, September 9, 2009

234567


Gara-2 mengikuti 'how many bean in the jar' di blog salam2benua.blogspot.com. Yang berusaha dari pagi sebenarnya adalah Si Zirafah Muda, finally masa nombor akhir aku tarikh nafas, dapat lak bila buka nombor tu. Kah kah kah. Memang lawak betul gegara nak dapat hadiah dari Perth.

Monday, September 7, 2009

Kek lapis strawberi..silap..tembikailah



Bakar sekali ngan kek lapis keladi. Juga untuk SIL di Perak. Tabur sedikit coklat cip sebagai hiasan biji tembikai. Nanti kalau letak biji tembikai betul, takut orang tak makan pulak. Saja buat lawak.

Kandungan bahannya buttercup, gula kastor, telur, tepung hongkong, sekaya, horlick dan pewarna-2 berkaitan. Puas juga aku mencari tepung tembikai, pada saat ini belum lagi bertemu. Apa-2 pun harap dia puas hati.

Saja nak tambah, semalam ode dari Noraini tu, dia repeat untuk raya. Alhamdulillah.

Kepada semua yang pernah mencuba kek lapisku ini, semua komen dari anda amatlah dialukan bagi membolehkanku memperbaiki lagi mutu dan kualiti kek-2 yang kuperbuat. TQ.

Kek lapis keladi



Mula operasi jam 8.30 pagi lebih kurang, dapat siapkan dua jenis kek lapis aje. Ini salah satunya, dibuat untuk adik ipar aku di Ipoh, Perak.

Sunday, September 6, 2009

Kek lapis haw flakes n kek lapis pandan utk Noraini



Kek lapis haw flakes



Kek lapis pandan

Asalnya Noraini, ex staff suamiku meng-ode sebiji kek lapis haw flakes, kebetulan pulak aku ada buat kek lapis pandan, so aku offer klu dia nak separuh-2. Dia setuju. So layan gambar, sorilah kualiti gambar kureng.