Showing posts with label Rich Moist Chocolate Cake. Show all posts
Showing posts with label Rich Moist Chocolate Cake. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Kek besday Angry Bird & Cheesetart campur ode dari Zu













Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan dari adik junior asrama masa kat Kolej Kenanga 3, ITM dulu..setelah hampir 20 tahun tak berjumpa, dengan izinNYA melalui FB kami bertemu semula.

Zu ode 100 bj baby cheese tart n sebiji kek tema Angry Bird..alhamdulillah, berjaya walaupun x berapa kreatif sangat hiasannya.

Tq Zu...harap memenuhi citarasa semua orang.

Friday, December 31, 2010

Selamat hari lahir Izzati n Suhana..ode dari kak Zakiah, member Mai



Ode dari kak Zakiah, member Mai untuk makan-2 famili dan birthday menantu serta anak sedaranya. Harap akak puashati ye..tq



Ode dari Nadia, member Ina..thanks ye dik. Nadia ode untuk majlis pertunangan adiknya, dapat orang Penang tapi bukan anak mami..muka seiras,....semoga kekal jodoh mereka ke akhir hayat.

Komen Nadia,
Thnx akak.cntk sgt.fmly sy sume ske...

Thanks ye Nadia, biasa aje hiasanku itu...........Semoga selamat dan biarlah rasanya sangat memenuhi citarasa keluarga Ana...

Saturday, December 25, 2010

Triffle n rich moist choc cake..untuk Aween.





Selamat hari lahir yang ke 7 buat anak sedaraku, Athirah Syazween. Permintaan dari ibunda tercinta untuk meraikan anak daranya itu.

Aween, nama panggilan anak sedara sebelah suamiku ini, anak ketiga, selepas kakak keduanya yang sekarang berusia 15 tahun. Kebetulan pula ada 3 anak sedara sebelah suamiku ini, lahir pada bulan dan tahun yang sama iaitu Norman-21 Dis, Aween-24 Dis dan Wawa pada 30 Dis. Selamat hari ulangtahun kelahiran ye sayang. Untuk seorang lagi anak sedaraku Zaem, abang Wawa..selamat hari lahir jugak.

Aween tak suka kek bertulis-2 n ada krim sebenarnya. Tu yang letak choc ganache aje....Buat Wawa n Zaem, tunggu ye Sabtu depan, insyaallah kita jumpa nak mak lang buatkan kek lagik..he he he.

Debaran masa orang makan kek depan mata memang terasa....alhamdulillah semua kata sedap n puashati..Lega makcik.




Rich moist choc n sicilian orange cake..ode dari Liza



Ode dari Liza, rupanya anak Liza Safiuddin, rakan sekolah anakku..he he he. Liza ni tak suka krim-2, dia request kek ini bentuk 4 segi dengan hiasan choc rice. Liza gak ode kek oren sicilian ni. Tqvvvvvm ye Liza, harap Liza puashati.

Ucapan secara langsung telahku ucapkan pada Safiuddin yang menerima kek bagi pihak ibunya. Sekali lagi acik ucapkan, selamat panjang umur, sihat dan sentiasa menjadi permata ibu dan bapa.


Tuesday, November 30, 2010

Rich moist choc cake..ode dari Zurita member Mai



Ode dari Zurita, member Mai, untuk birthdaynya. Selamat harilahir buat Zurita, semoga sentiasa tercapai segala hajat dan hasrat yang diimpikan dan semoga berpuashati dengan kek tersebut ye...Tqvm kepada Mai n frens.

Tuesday, November 16, 2010

Rich moist choc cake dan kek nescafe

Ode dari member Ina untuk bday anaknya Aniq yang sambut bday pada 18 Nov nanti. Dia nak kek sama macam Ina pernah ode untuk anak sedaranya NURIY cuma nak gambar Upin & Ipin. Tq dik harap puashati n semoga sesuai dengan citarasa awak sekeluarga.

Ini pulak ode dari SILku, Anis di Rantau Panjang. Dia n famili peminat setia kek ni..tq Anis harap rasa nescafe tu melekat kat tekak kau orang..he he he. Tq Anis n Sabri. Nnt ode lagi ye..

Thursday, October 7, 2010


Selamat hari lahir buat anakanda Ilham, ulang tahun ke 11 n sebenarnya kek n majlis kecil bersama ahli keluarga telah dibuat semasa emak, kak long n anak-2nya ada dirumahku hari Ahad lepas. Kami meraikan waktu sarapan pagi.

Buat anakanda, Selamat hari lahir, selamat panjang umur, semoga sentiasa sihat. Tahun depan dah nak UPSR, kurangkan xtvt bermain, fokuskan kepada belajar. Jangan nakal, jangan lupa solat, solat dengan tertib, jangan malas-2, jangan merungut-2, SEMUA JANGAN..he he he. Semoga jadi anak yang SOLEH bermakna kepada agama dan masyarakat mu.

Kek coklat untuk NURIY



Ode dari Ina, x ofismateku khas untuk anak saudaranya, Nuriy yang menyambut bday harini. Tq Ina selalu support akak.

Untuk Nuriy, lama tak jumpa, dulu kecik-2 biasa jumpa bila Ina bawa kat ofis. Selamat hari lahir semoga jadi anak yang solehah.

Tuesday, June 16, 2009

Rich moist chocolate cake





Ni sebenarnya aku buat kek untuk birthday aku. Amacam nampak SEDAP tak..ada sesiapa nak ode..harga boleh runding..aku make-up ngan kek lapis, ceri merah n coklat.