Thursday, August 26, 2010

Baby tarts campur n fruit tarts ode dari member Lin (Shaiful Izam)



Sebenarnya Shaiful ode untuk ambil Jumaat lepas tapi disebabkan ada ode lain maka tak sempatlah ku menyiapkannya. Nasib baik dia no prob n transfer untuk ambil hari Khamis.

Shaiful ode 100 bj baby fruit tarts n 50 bj baby tart perasa campur. Tq Shaiful (member Lin). Len kali boleh ode lagi ye.

Cream puff


Salam 15 Ramadhan, tinggal setengah bulan aje, bulan mulia ini akan pergi meninggalkan kita, esok, lusa atau tahun hadapan dapatkah kita bertemu kembali..?

Ode cream puff dari Ina, x ofismateku. Tq Ina..untuk majlis berbuka puasa esok katanya.

Saturday, August 21, 2010

Fruit cheese tarts



Sesaja buat, kebetulan ada baki tart biasa, adunan cis dan buah-2an. Sebelum ni pernah ku lihat di Rozzan Shared Recipe dan Cakes Republic.

Baby blueberry cheese tart n fruit tarts..ode dari Hasnida



Salam 11 Ramadhan 1431H buat semua. Alhamdulillah juga kita semua masih dipanjangkan usia untuk meneruskan Ramadhan kali ini.

Sebelum ini Nida pernah ode melalui kawannya yang juga jr sekolahku dulu, Norazlin. Untuk dibawa balik berbuka puasa di kampungnya petang ini, Nida ode 50 bj baby blueberry cheese tart dan juga 50 bj fruit tart. Terima kasih Nida, harap akan berpuashati ye.

Friday, August 20, 2010

Ode kedua dari Rina

Salam siaran n selamat berpuasa. Alhamdulillah dah berjaya siapkan akhirnya, ode 640 bj baby fruit tart dari Rina. Suami tolong hantar pagi tadi ke Great Eastern Mall, Jalan Ampang.

Tqvm Rina atas kepercayaanmu.

Pizza mudah untuk anak-2....Ramadhan ke 9




Tuesday, August 17, 2010

Menu berbuka puasa hari ke 7

Kek coklat yang belum di make over resepi dari myresipi-kak izan. Resepi kek ini tak pernah lagi kugunakan untuk Adnazthie-Kek.

Roti jala dari myresipi-lynn

Sunday, August 15, 2010

Pizza daging n choc chip..menu berbuka puasa hari ke 5

Lama tak makan pizza daging ni. Sementelah hari Ahad, ku rajin-2kan diri membuat untuk keluarga.

The best choc chip menu dari Myresepi.com juga. Minggu lepas, aku n member satu ofis, Nurul sibuk bercerita nak buat choc chip. Inilah hasilnya bila Vit R banyak. Kebetulan kat TV harini, TV berapa aku pun tak ingat, buat coconut choc chip, maka berkobar-2lah aku. Siap timbang 15g setiap choc chip. Besarlah hasilnya..he he he. Dah tau lepas ni leh buat comel-2, tadi hasilnya dapat 24 keping, cam saiz chipsmore, sambil dibantu oleh sesatunya ada daraku, Fathieha.


Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan AlMubarak


Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa buat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya buat kita semua. Kesempatan menunaikan solat tarawih amat dinantikan namun janganlah kita lupa amalan yang selama ini menjadi kewajipan buat kita semua. Sekadar ingatan buat diri ini jua.

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak

Baby tarts campur, fruit tarts n cream puff..ode dari member Lin




Ode dari member Lin sebagai penutup sebelum bulan Ramadhan ini. Ode ini telah selamat dihantar pagi Isnin semalam.

Tqvm..petang semalam member Lin nak suh buatkan lagi cream puff nak makan lagi sebelum puasa sebab tak puas katanya. Maaf ye, suami ajak melayan anak-2 mandi manda sebelum berpuasa sebab hari Sabtu n Ahad sebelumnya kesibukan dengan kenduri aqiqah n gotong royong.

Apa-2 pun tq ye kerana sokongan anda semua.

Kek buah..ode dari member Mai


Kek buah ini ode dari member Mai lagi. Tq ye atas sokongan anda. Antara ode terakhir sebelum puasa.

Sunday, August 8, 2010

Ode 300 bj baby fruit tarts..Tasty Touch

Susah nak parking n bangunan banyak yang masih dalam pembinaan, kena parking di basement.

Aku ode kue teow kerang n air teh o ais limau, tapi ditukar dengan air epal yang diode oleh anak perempuanku.

Suami ode mee jawa.

Nazmi ode roti jala n teh o ais limau

Fathieha pula ode roti bakar n air epal sebenarnya.

First time ode yang aku terlupa nak snap gambar. 300 bj baby fruit tart ode dari Rina, Tasty Touch, hantar ke Solaris Dutamas. Cuti kerja untuk siapkan ode sehingga tak sempat menghadiri majlis meraikan majlis perpisahan A D Naim, belanja dari En Zainal.

Suami membawaku kesana selepas solat Jumaat n selepas menghantar anak sulung yang kena tidur di sekolah kerana program TKRS.

Sebab tak de gambar, layan gambar kami makan-2 di Mee Jawa, Solaris Dutamas. Not bad.

100 pcs baby fruit tarts...kak Rosni



Salam petang Ahad. Masa ni depan rumahku sedang riuh rendah suara anak-2 bermain termasuklah anak daraku yang berumur 5 tahun tu.

Thieha tak kira, Thieha nak main juga..ingat kartun dari Les Copeque.

Semalam pula jiran sebelah rumahku buat kenduri aqiqah untuk anaknya yang lahir pada 17 Julai lepas, Muhamad Adam. Sembelih kambing 2 ekor, aku, Azie, Amsiah n Ita buat-2 sibuk membantu apa yang termampu.

Kak Rosni sebenarnya menambah ode sehingga 200 bj tapi aku memaklumkan tidak dapat memenuhi permintaannya memandangkan majlis di rumah jiranku itu. Duit boleh cari, rezeki Allah sentiasa beri. Jiran umpama adik beradik, nanti kenduri aku takde pulak orang datang menolong, bukan mengharap balasan pula...he he he. So 100 ajelah yang dapatku siap seawal pagi sebelumku kerumah jiranku Midah.

Suami tolong membawaku berjumpa kak Rosni di Kelang semalam. Lupa nak bagi tau, kak Rosni merasa tartku itu dirumah pelangganku Azfa yang pernah mengode 300 bj tart yang sama sebelum ini. Apa-2 pun tqvm kak..

Thursday, August 5, 2010

Fruit tarts ode dari Zaryna Zach


Salam sejahtera buat semua, Syaaban akan meninggalkan kita dan Ramadhan akan menjelma. Alhamdulillah aku pun telah berjaya menyelesaikan puasa gantiku...

Dapat ode hujung minggu lepas tapi mmg tak sempat nak buat n Zaryna tanya sekiranya boleh untuk majlis tahlil dari Isnin-Khamis. Ok set, malam ni telah kusiapkan. 100 bj tart buah mini untuknya. Ini ode ketiga dari Zaryna. Dia ni di kawasan yang sama dengan ku. Tqvm ye atas sokongan anda juga...

Sunday, August 1, 2010

Kek lumut untuk Lin


Ode dari Lin, JAKIM. X jr sekolahku. Lin pernah ode sebelum ni n kek lumut ini untuk buat makan sebelum puasa katanya. Lama dah tak buat kek ni. Ikut permintaan. Untuk resepi ni, ku guna 'butter churn', biasa guna butter cup. Tqvm Lin, sori gambar x sama dengan hasil..kualiti hp kameraku yang x hap t det..

Selamat hari ulang tahun ke 7 untuk Aisyah..the power puff girl

Kek span perasa nenas, dilapisi dengan buah pic.



100 bj baby fruit tarts

200 bj cream puff

Hujung minggu ni, kebetulan kena siapkan 2 kek birthday untuk nama yang kebetulan sama, Aishah n Aisyah. Seorang bakal ibu n seorang baru saja berusia 7 tahun.

Thanks to Suhana, yang telah memberi kepercayaan sehingga kepada memotong kek untuk diagihkan kepada anak-2.

Kepada Aisyah, selamat hari jadi, semoga sihat dan jadi anak yang baik.

Selamat harijadi untuk Aishah, isteri kepada A D Naim




Ode dari seorang suami untuk isterinya, Cikgu Aishah. Kek span, dengan krim putar n lapisn buah pic. Tqvm A D Naim. Tahun lepas, Naim ode kek coklat...