Monday, May 30, 2011

Kek coklat lembap kukus..ode dari Puan Zurita



Ode dari Puan Zurita, PPS, member Mai, my x ofismet untuk dua putera dan puterinya. Kasih ibu, taknak anak kecewa diikutnya setiap seorang sebiji kek. Harap kedua birthday boy n girl berpuashati.

Kepada Aqlan, Zahiera dan Ferra, Acik ucapkan selamat hari lahir...semoga sentiasa jadi permata ibu bapa. Tqvvm ye Zu yang sedang hamil 8 bulan...

Kek coklat lembap kukus.ode dari Puan Huda



Ode dari Huda yang sebelum ini pernah ode produk dari Adnazthie-Kek untuk birthday anaknya Ferra yang pertama. Untuk Ferra, mamanya ode gambar Barney, manakala untuk kakak dan abangnya, mama ode Princess dan Ultraman. Biasalah bebudak, nak bagi depa semua HAPPY..Kita ENJOY bak kata Nora Danish.

Telah selamat diambil tadi petang sebelum jam 2.30 petang. Tq Huda.

Friday, May 27, 2011

Kek hantaran perkahwinan


Tq kepada Ina (MBSA) ex-officemateku yang ode kek coklat untuk majlis nikah abangnya di Yong Peng, harap semuanya selamat.

Kepada pasangan Hasman & Siti Afiqah, selamat pengantin baru dan selamat menjalani kehidupan baru.

Kek oren choc ganache



Ode dari Rapeah, kawan Ina (MBSA) untuk sambut birthday emaknya esok. Minta dibuatkan saiz kecil sahaja. Harap emak dan Rapeah puashati nanti apabila memakannya.

Thanks juga kepada Emy yang pernah tempah kek 3 tingkat untuk adiknya dulu kerana mempromot kek orenku kepada Rapeah.

Semoga MAK Rapeah dipanjangkan umur dan sihat menjalani kehidupan ini.

Tempahan dari anakanda Adli untuk sambutan hari guru SRIH



he he he..anak sulungku minta buatkan.

Choc indulgence...SELAMAT HARI GURU


Tempahan dari Cikgu Liza yang pernah ode beberapa kali kek denganku. Kalini Liza minta dibuatkan Choc Indulgence bentuk 4 segi dan ditaburi dengan chocs chip untuk dibawa oleh anakanda Sofi kesayangannya bagi meraikan hari guru di SRIH...

Esok jangan lupa jumpa Acik Azhar ye....Tqvvvm Liza

Kek coklat lembap untuk Zarif Aqil



Tempahan dari isteri dua pupuku yang tinggal di Seri Kembangan..asalnya cam nak buat fondant, akhirnya Ita minta edible picture sahaja..lega Makcik..siap praktis..

Thanks Ita & Zakir.

Salam..Kek cantik. Zarif suka sangat. Kek pun sedap. Terima kasih sbb buat kek cantik untuk Zarif. Sangat memenuhi.

Kepada Zarif Aqil...SELAMAT HARI LAHIR

RV dan kek oren..ode dari PPS

Kek oren tambahan meraikan PM Dr Azizan yang tertinggal sambutan birthdaynya dahulu..


RV untuk meraikan staff yang lahir pada bulan Mei, tersilap masa menulis bulan, terbuat April, cover..jangan tak cover.

Tq staff PPS, harap puashati dengan rasa kekku itu....

Tuesday, May 17, 2011

Baby choco tarts ode dari Aidah (BAM)



Asalnya Aidah tempah 50 baby choco tart dan 50 baby cheese tart. Tak kesampaian hajatnya sebab cistatku meleleh semasa sedang dibakar....tapi rasa masih sedap cuma segan pula nak dijual..

Aidah buat makan-2 ngan keluarga untuk sambut birthday anaknya dengan keluarga di rumah emaknya di Seksyen 19 Shah Alam pada hari Sabtu 14 Mei yang lepas.

Tq Aidah nanti boleh ode lagi next time ye...

Monday, May 9, 2011

Kek black forest untuk Aqilah Hani





Tempahan dari adikku, Niza untuk anakanda keduanya. Sebenarnya Aqilah lahir pada 24 April tapi disebabkan masing-2 sibuk ngan balik kampung so terpaksa tunda keknya. Semalam birthday girl dapatlah potong kek harilahirnya di rumahku. Adikku, isteri dan anak-2nya juga ada bersama. Aqilah ni beza seminggu dari tarikh lahir anak ke2 ku.

Aqilah x suka kek coklat, paling dia suka kalau kek blueberry. Aku tak citer buatkan dia kek ini, bila ditanya kek sedap ke..dia jawab..SEDAP. Alhamdulillah.


Tq juga kepada adikku Niza dan suaminya Sabtu yg sudi support kakaknya ini dan semoga Aqilah sihat dan semoga jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Friday, May 6, 2011

Happy belated birthday to Hanis Nuha...ode dari Fariza



Assalamualaikum..choc indulgence dengan edi pict ode Fariza, x officemate yang dah lama join MBB Shah Alam.

Hari lahir anaknya yang ke 10 jatuh pada 2 Mei yang lepas TAPI takpe kan kakak, janji mama ingat. Selamat hari lahir, selamat panjang umur dan semoga jadi anak yang cemerlang dunia n akhirat.

Tqvm Fariza...