Thursday, February 25, 2010

Ode dari Lina.. Selamat hari jadi Kak Long





Salam Maulidur Rasul kepada semua pengunjungku yang beragama Islam.

Alhamdulillah. Kek coklat with ganache + bc ini ode ke-2 dari http://linanuar69-kaitmengaitcun.blogspot.com. Hujung bulan Januari lepas dia ode 2 biji Choco Mousse Peach Cake n kali ini Lina minta apa-2 janji sedap. Lina ini yang ku cadangkan, harap kau dan keluarga kau berpuashati.

Ini juga pertama kaliku berani mencuba menghias kek dengan hiasan bunga ros. Tak pastilah jadi ke tidak, bagi orang yang baru belajar sepertiku ini, ku kira ianya ok. Alhamdulillah...

Tak lupa jugaku ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada anak sulungnya ini yang sedang menuntut di USIM. Semoga dengan berkat doa serta redha kedua ibubapanya dia menjadi anak yang solehah.

1 oren, 4 hijau


Alhamdulillah syukur dengan rahmat Allah swt yang memberikan rezeki kepada setiap hambanya. Walaupun kek chiffon ni taklah se-gah kek-2 bc atau fondan yang lain, he he he, namun ianya tetap sesuatu yang dinamakan rezeki yang patut hambamu ini syukuri.

Ode dari Mai, x ofis mateku yang join UiTM. Mai ode 1 oren n 3 pandan dan 1 biji lagi untuk rakan sekerjanya. Alhamdulillah. Tq ye kepada mereka yang menyokong dan memberi komen-2 yang membina untukku perbaiki dan memantopkan lagi usaha dan jalan yang kupilih ini.

Wednesday, February 24, 2010

Kek Coklat Lembap


Salam sejahtera dan semoga anda semua sihat. Alhamdulillah, ode kali ini datang dari Aisyah (MPK) untuk sambutan hari ulang tahun rakan-2 sepejabatnya. Terus terang akak tak berpuashati dengan kekemasan kek ini. Tak nampak keceriaannya sebab semalam cari strawberi kat Giant tak sampai lagi...sob sob sob

Aisyah ambil waktu rehat tadi n nasib baik kat ofis ada freezer leh makcik tumpang..tq boss, bila tak payah bayar sebab free bile sewa ngan PKNS.

Walaubagaimanapun akak harap kau orang puas hati dengan rasanye Aisyah.....Tq

Sunday, February 21, 2010

Projek cream puff..



Projek ni..belum selesai lagi, tunggu ye. Sesuai ke untuk cadangan minum petang untuk anak-anak sekolah..tidak termasuk anak-2 ku...?

Saturday, February 20, 2010

Teacher Jieha Siti Nur Fathiehaku sayang..



Salam kepada pengunjungku. Alhamdulillah ini ode dari x guru tadika semasa anakku Siti Nur Fathieha berusia 4 tahun. Teacher Jieha ni very active person n kalau tengok cara dia sambut anak kita masuk ke sekolah..sayang sangat, macam anak dia sendiri, dipeluk dan diciumnya. Kreatif kalau ada persembahan oleh anak-2. Ini bukan ampu, ini kenyataan.

Alhamdulillah semalam dia call nak ode kek tapi tak cakap kek apa. Aku suruh dia surf blog aku, tak sempat. Sampailah pagi tadi, akhirnya inilah yang diodenya. Dia nak buat makan n sedekah sedikit kat Ustazah anaknya yang selalu beri dia kuih muih. Asalnya nak suruh aku bahagi dua, bekas yang sesuai pulak tak dak. So kau ajelah yang potong Jieha, akak bagi bekas tapi saiznya kurang sikit.

Apa-2 pun tqvm, kau nak ode akak terima. Alhamdulillah..rezeki untuk kami. semoga kau puas hati ngan kerja akak ni.




Mieza..punyer ode




Ini pelanggan ke-2 on9ku, yang pertama haritu, Nadia yang ode kek chiffon pandan, keladi n oren. Kiranya Mieza ni 1st pelanggan kek lapis secara 0n9. Sebelum ni, pelanggganku kebanyakannya melalui adik beradik atau rakan kenalan, yang selalunya dah diberi sampel terlebih dahulu.

Aku mulakan mengadun kek ni selepas maghrib n alhamdulillah dapat selesaikan semua kerja termasuk mengeluarkan kek dari loyang hampir kul 1.00 pagi dengan ditemani suami n anak perempuanku. Mieza akak harap hasilkerja akak ini memenuhi selera dan citarasamu. Insyaallah nanti malam kita ketemu..tempat rahsia. Takut nanti kek kau ni jadi kek sampel pulak, wakaka....he he he.

Friday, February 19, 2010

Kek Chiffon Pandan


Ode untuk kawan Mai di UiTM. Tq bebanyak..2 x aku mengadun resepi kek ini malam tadi. Kek yang memula tu dah siap n diterbalikkan untuk ditanggalkan dari acuannya, bila dah sejuk mudah sangat tanggalnya. Rupanya tak berapa cantik sebab bahagian bawahnya masih melekat pada loyang, nasib baik baru jam 9.30 malam. Apalagi terus mengadun semula untuk buat yang baru. Apa-2 pun harap yang mengodenya puas hati. Tqvm

Wednesday, February 17, 2010

Walnut Brownies...



Tempahan dari Aishah, isteri teman sepejabatku, A D Naim untuk majlis jamuan perpisahan yang dianjurkan khas untuknya. Dia memang teringin nak makan brownies ni. Katanya makan sorang-2 tak best, so dia nak makan dengan kengkawan kat sekolah lamanya..Aishah, akak harap kau puas hati ye. Aku guna resepi dari blog Bro Rozzan..Chewy Goey Yummy Brownies. Tq sekali lagi.

Choco Sponge Cake for Aisyah




Alhamdulillah siap dah tugasan untuk jiran lorongku, Azie. Anak-2 aku memang rapat ngan Azie n anak-2nya ni, kalau anakku Fathieha pergi kerumahnya mau taknak balik, kena berjemput.

Azie minta buatkan kek untuk b'day anaknya Aisyah yang ke 10 tahun pada 18 hb Feb 2010, esok. Katanya nak makan masa sarapan pagi esok. Bila tanya apa dia nak aku tuliskan atas kek..inilah hasilnya. Aku ikut aje, naluri ibu.

Kek sponge coklat ni aku salut ngan whipping cream n finishing atasnya dengan ganache. Aku harap anak-2 nya suka. T q Azie.

Monday, February 15, 2010

Chocolate, Blueberry n Strawberry Cheese Tarts

Sebenarnya tugasan ni siap sebelum balik ke Melaka n Perak sempena CNY, disebabkan tak sempat maka malam inilah baru den berkesempatan mengupload gambar tugasan haritu.

Asalnya Ustazah Laila nak ode BBC, Strawberry n Orange Cheese tarts TAPI tak tahan dengan pujukan dan rayuan dari anak-anaknya akhirnya dia jumpaku semula n minta tukar orange cheese tarts kepada chocolate tarts. Boleh apa salahnya. Ustazah ode 30 biji tart untuk dibawa balik sempena cuti CNY ke kampungnya di Teluk Intan. Rasanya ini kali ke 3 dia ode dengan ku dengan pilihan dan citarasa yang berbeza. Tak pe, janji dia puas hati dengan koje den. Tq ye Laila.

Saturday, February 13, 2010

Oren, ungu dan hijau...

Kek chiffon oren

Kek chiffon keladi

Kek chiffon pandan


Selamat malam n selamat pagi gak buat semua. Petang tadi masa bersiap untuk balik, lebih kurang jam 2.45 petang, aku menerima panggilan dari seseorang bernama Nadia. Aku ingat SILku, Yan main-2 nak ode kek denganku. No. telefon KL. Rupanya betul Nadia pelanggan baruku. Dia nak bbc tart. Tapi setelah aku jelaskan aku ada lagi tugasan, akhirnya dia ode kek chiffon dariku sebanyak 3 jenis.

Sempat lagi aku bertanya dari mana dia mengenaliku. Malam tadi lebih kurang kul 9.00 malam, konpem segala transaksi. So, inilah hasilnya. Alhamdulillah. Akak harap kau berpuashati ye, esok, insyaallah kita akan jumpa.

Friday, February 12, 2010

Ode..cuti sempena CNY, alhamdulillah.

Kek lapis coklat lembap ode dari Ina dan Mai, x ofis mateku. Mai ode untuk member dia di UiTM.

Marble Cheese Brownies ode dari member SILku di RP.

Tart telur, bbc n oren ode dari member x ofis mate Mai (UiTM)


Last but not least, kek chiffon pandan tanpa santan, ode dari Mai sendiri. Ini repeat ode chiffon pandan dari Mai. Tq bebanyak pada yang telah meng-ode. Semoga semuanya berpuashati dan untuk adik-2 ku itu, akak jual ye.

Kepada bos-2 ku Mura n G Are tq sebab terpaksa ambil cuti gak semalam, keletihan n sowi upload gambar masa kau orang gi kuar rehat, masa kat umah tak sempat nak taip ayat, akak ambil masa sekejap ye., halalkan yer....he he he. Nanti akak bawa pelbagai kek dari Adnazthie-Kek untuk kau orang jadi tester. Tq sekali lagi ye.

Thursday, February 11, 2010

Chocolate cupcake with BC deco..for mama's birthday




Lapuran terkini, cc coklat ini telah diode oleh Fifi, anak x bossku khas untuk b'day mamanya harini. Ini ode pertama cc dengan deko BCku. Nak deko lebih-2 rasa tak kena gaya sebab ini untuk orang yang lebih kurang sebayaku.

Apa-2 pu, seperti biasalah harapanku agar ianya ok dan akan berterusanlah usahaku ini. Insyaallah.

Kepada mama Fifi, SELAMAT HARI LAHIR, semoga sentiasa gembira, ceria dan sihat hendaknya di dalam lindungan ALLAH SWT.

Choco sponge peach n strawberry cake for Baby Farisha Fathin



Salam sejahtera, alhamdulillah dapat menyiapkan tugasan ini dan telah selamat dihantar kepada isteri sahabat suamiku, Ita. Ita minta kek coklat yang ada buah n krim di dalamnya yang macam kat SR tu, aku harap inilah keknya. Aku harap dapat memuaskan hati nya untuk menyambut ulangtahun anaknya yang dah berumur 4 tahun harini. Tq ye Ita...

Ini merupakan ode kedua dari Ita. sebelum ni Ita pernah ode dariku kek lapis coklat strawberi. Ita, akak harap kau puas hati ye. Kepada Fathin Farisha semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi anak yang solehah. Amin

Friday, February 5, 2010

Bunga ros lagik...buttercream




Ini aku sesaja praktis sebab..adalah sebabnya. Takde berkaitan dengan bunga ros fondan dalam N3 sebelum...rasanya ada ke ghupa ros, bolehlah kot TAPI dengan syarat kena mahirkan lagi.

Tart telur...

i

a
Pagi tadi sedar aje pukul enam, aku terus mengadun kastard untuk tart ni. Ini x ofis mate aku, Mai, yang minta aku buatkan. Aku letak sekali tart blueberry n orange. Buat pun dengan baki doh dalam simpanan. Boleh tahan juga rasanya, aku kurangkan gula. Kalau ikut tekak aku leh tahanlah rasanya. Mai amacam boleh kasi berapa kredit..he he he

Thursday, February 4, 2010

Bunga fondan sempoi..kerastanganku





Bunga fondan pertamaku. Ada member tanya hal cupcake fondan. Jadi kebetulan memang dah ada stok fondan segera yang dah berbulan, malah dah bertukar tahun membelinya, malam tadi aku pun melayanlah memain buat roses dengan anak sulung aku ..TAPI maaf ye mutu gambar tak bagus.

Harini pulak dapat gaji n dapat sekali bayaran cuti tahun lepas yang tak habis aku gunakan...aku pun pergilah membeli sedikit peralatan untuk hiasan dengan fondan.

Insyaallah manalah tahu ada yang berminat nak minta aku buatkan cuppies deko fondan, insyaallah bolehlah kot yang sempoi-2.

Wednesday, February 3, 2010

Blueberry Cheese Cake...order from NANO.




Nampaknya ini ode pertama untuk bulan Februari 2010 ini. Blueberry Cheese Cake untuk sambutan harijadi seorang ibu yang berusia 52 tahun.

Thanks to Norhidayati a.k.a NANO, my x offfice mate. Ini ode ke-2 dari Nano. Sebelum ni, masa raya puasa tahun lepas dia ode Kek Coklat Lembap.

Dia kata untuk sambut b'day mak dia bersama keluarganya malam nanti. Alhamdulillah telah kusiapkan. Harapanku agar apa yang ingin dinikmatinya dari kek ini tercapai. Nanti leh ode lagi ye Nano. Akak jual.

Kepada makcik, yang pernah aku pergi raya kerumahnya, orangnya memang peramah dan cepat mesra. Semoga makcik diberi kesihatan yang baik di dalam menempuhi hari-hari mendatang dan semoga sentiasa di dalam lindunganNYA.