Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum buat semua sahabat beragama Islam. Selamat menyambut bulan kemuliaan dengan rasa keinsafan dan kesyukuran di atas segala nikmat dariNYA selama ini. Semoga ibadah kita sentiasa diberkati.


Friday, July 29, 2011

Ode dari ipar lagi






Alhamdulillah telah selamat diambil oleh adik ipar sebelah aku pulak..minggu lepas adik ipar sebelah suami. Ini untuk majlis abangnya esok di Cheras.

Anis ode 100 bj bby cocktail fruit tarts n brownies yang dipotong 50 keping setiap satu..asalnya Anis ode cream puff, sib baik leh tukar, tak larat...tqvvm my dearest SIL. Harap puashati semua org ye..

Thursday, July 28, 2011

RV ode dari Baiti & Zainab aka Cha



Terima kasih kepada Baiti dan Cha..sudi ode lagi untuk makan-2 dengan kengkawannya sempena nak sambut puasa. Kek yang di bawah pulak Cha ode untuk anak-2 nya. Tq ye Baiti n Cha..nanti odelah lagi.

Harap semuanya berpuas hati.

Wednesday, July 27, 2011

Baby fruit tart..ode dari sedara Kak Kintan


Ode 50 bj baby fruit tart untuk sedara Kak Kintan. Tqvvvm ye.

Tuesday, July 26, 2011

Apam dot-2 untuk Ita...




Tempahan 100 bj apam dot dot dari Ita, SUK. Terima kasih daun keladi, kalau rasa suka n puashati, nanti odelah lagi.

Baby cheese tart pelbagai perasa penuh kasih sayang..

Kenapa..penuh kasih sayang? Sebabnya, adik iparku, sebelah suami, ode hari sebelumnya TAPI disebabkan dibawa kerumah mertuanya yang ada ramai orang sebab ada majlis pertunangan MAKA cheese tart bahagiannya terpaksa diberi makan kepada semua..he he he


50 bj ode dari iparku MAZIAN yang sedang hamil 7 bulan.

Esok paginya dia menelefon nak minta buatkan...he he he, mulanya aku terpaksa tolak sebab ada 2 majlis yang nak dihadiri TAPI bila fikirkan kami jarang berjumpa dan malam yang dia singgah pun tak jamu makan minum sebab dia tak mahu (dah hampir 12 malam) dan anak-2 sedang tidur n tak sempat berjumpa..aku buatkan, dapat juga anak-2 kami bertemu lama dan dapatlah kami juga bersembang lama..he he he

Ini pula ode dari adikku yang pergi bersama ke majlis kahwin di Shah Alam, terlanjur membuatkan untuk iparku.Terima kasih.

Saturday, July 23, 2011

Tempahan dari iparku..Mazian sayang

Assalamualaikum semua..selamat pagi hari Ahad, masa N3 ini ditaip jam di PC dah 12.58 malam. Suami, Nazmi dan Fathieha ke surau sebab esok ada sukaneka Tadika PASTI di taman kami. Adli? zzzzzzzzzzz







Tempahan dari iparku, Mazian, baru sebentar tadi diambil oleh Yan dan suaminya, tak de minum-2. Zaem dan Wawa..sleeping.

Tqvm Yan, ini aje yang dapat akak buatkan untuk Majlis pertunangan adik iparnya, esok. Semoga majlisnya berjalan lancar dan semoga jodoh mereka yang bertunang ni, dipercepatkan hendaknya.

Friday, July 22, 2011

Baby blueberry cheesetart ..ode dari Velvet (Sue)



Ode dari Velvet (Sue) untuk birthdaynya hari ni. 22 Julai 2011. Tq Sue, selamat hari lahir dan semoga sentiasa sukses.

Cream puff..ode dari Ton Zulkifli


Ode dari Ton Zulkifli, member seofisku, khas untuk isteri dan anak-2nya. Tq ye Ton..

Wednesday, July 20, 2011

Apam dot-2 untuk Nurul Izza



Ode 100 bj apam dot-dot dari Izza dan membernya..tq Izza.

RV ode dari Puan Baiti...






Assalamualaikum, selamat malam...

Ode dari Puan Baiti, kawan kepada Puan Zainab aka Cha, member Mai...khas untuk birthday anakandanya AZRA yang ke 4 tahun.

Tq. Semoga AZRA membesar dengan kesihatan yang baik dan menjada anak yang cemerlang dunia dan akhirat ye sayang..

Terima kasih...juga kepada Chah.

Sunday, July 17, 2011

Blueberry cheese cake..ode dari Silku lagi


Tqvvm Su, suka sangat ye, takpelah hang kurus. Kata Su, anak-2nya suka makan yang lapis kat bawah tu....

Berkesempatan bertemu adindaku yang baru pulang dari kursus di China. Nanti ode lagi ye.

Saturday, July 16, 2011

Ode dari Puan Nurul Izza




50 bj baby fruit tarts untuk dibawa kerumah kengkawan suaminya....

Friday, July 15, 2011

Baby cocktail fruit tarts, blueberry cheese tart n carrot cake..ode dari Roslilawati




Assalamualaikum,

Ode dari Puan Roslilawati,

1 bj kek karot
35 bj cream puff (lupa nak ambil gambar)
25 bj bby cocktail fruit tarts
25 bj bby blueberry cheese tarts.

Tqvm, harap Puan Ila berpuashati dan selamat hari lahir buat puterinya, Fatin, semoga jadi anak yang baik.

Wednesday, July 13, 2011

Choc indulgence..ode dari Nara




Assalamualaikum..selamat malam pada yang belum tidur. Baru nak update ode pagi tadi dari Nara, member kepada Mek Nab yang pernah ode sebelum ini. Harap Nara dan suami puashati ye...

Selamat ulangtahun perkahwinan ke 3, semoga kekal berbahagia bersama ke akhir hayat.

Many thanks to Mek Nab jugak sebab promot kek akak kat member...

Saturday, July 9, 2011

Baby fruit tart & apam dot-dot..ode dari Puan Zaryna lagi..

Merah-filing stoberi
Kuning-filing oren
Putih-filing oren

Biru-filing blueberry (sebab pewarna purple x de)
Hijau-filing kiwi
Putih-filing oren

200 bj apam dot-2


150 bj baby fruit tart (buah tin)


Ode dari Puan Zaryna...
Tq Za..selalu ode ngan akak..

Baby blueberry cheesetart & fruit tart..ode dari Nor Bakhiah



50 bj baby blue berry cheese tart
50 bj baby fruit tart

Ode dari Puan Nor Bakhiah, Setia Alam. Tq Nor, harap rasanya memuaskan hati semua tetamu.

Friday, July 8, 2011

Apam dot-2 untuk Nurul Izza



50 bj apam dot-dot, ode dari Izza. Katanya teringin...he he he, alhamdulillah, mudah-2an memenuhi citarasamu ye dik..Tqvm

Friday, July 1, 2011

Casing tart untuk Puan Natasha

100 bj casing tart saiz baby utk Puan Natasha..tq Sha, nnt ode lagi ye.

Kek coklat blueberry fresh krim..ode dari Lin


Ode dari Lin, satu bangunan denganku..untuk husband yang sambut birthday harini. Tq Lin..