Tuesday, July 26, 2011

Baby cheese tart pelbagai perasa penuh kasih sayang..

Kenapa..penuh kasih sayang? Sebabnya, adik iparku, sebelah suami, ode hari sebelumnya TAPI disebabkan dibawa kerumah mertuanya yang ada ramai orang sebab ada majlis pertunangan MAKA cheese tart bahagiannya terpaksa diberi makan kepada semua..he he he


50 bj ode dari iparku MAZIAN yang sedang hamil 7 bulan.

Esok paginya dia menelefon nak minta buatkan...he he he, mulanya aku terpaksa tolak sebab ada 2 majlis yang nak dihadiri TAPI bila fikirkan kami jarang berjumpa dan malam yang dia singgah pun tak jamu makan minum sebab dia tak mahu (dah hampir 12 malam) dan anak-2 sedang tidur n tak sempat berjumpa..aku buatkan, dapat juga anak-2 kami bertemu lama dan dapatlah kami juga bersembang lama..he he he

Ini pula ode dari adikku yang pergi bersama ke majlis kahwin di Shah Alam, terlanjur membuatkan untuk iparku.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment