Showing posts with label Chewy Goey Yummy Brownies. Show all posts
Showing posts with label Chewy Goey Yummy Brownies. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Brownies n baby cheese tart..ode dari Layla




Alhamdulillah..dapat ode dari isteri sahabat suamiku, Layla. Masuk ni baru dua kali kami bertemu. Dulu jumpa kali yang pertama, semasa dia bertandang kerumahku selepas aku melahirkan anak ke 3, tahun 2005.

Layla ode choc brownies hias ngan coklat cair, almond n hirisan coklat putih untuk sambutan hari ibu dan b'daynya pada 13 Mei dan ahli keluarganya juga.

Semoga ianya menepati citarasamu ye Layla. Selamat hari lahir kepada Layla dan ahli keluarganya yang jatuh pada bulan Mei ini. TQVM.

SMS dari Layla 16-05-2010 jam 4.20 pm
Tima ksh byk2 krn buatan kek n cheese tart sgt sdap n dpt pujian dari ahli family...

Tq Layla 4 the support...

Saturday, February 20, 2010

Teacher Jieha Siti Nur Fathiehaku sayang..



Salam kepada pengunjungku. Alhamdulillah ini ode dari x guru tadika semasa anakku Siti Nur Fathieha berusia 4 tahun. Teacher Jieha ni very active person n kalau tengok cara dia sambut anak kita masuk ke sekolah..sayang sangat, macam anak dia sendiri, dipeluk dan diciumnya. Kreatif kalau ada persembahan oleh anak-2. Ini bukan ampu, ini kenyataan.

Alhamdulillah semalam dia call nak ode kek tapi tak cakap kek apa. Aku suruh dia surf blog aku, tak sempat. Sampailah pagi tadi, akhirnya inilah yang diodenya. Dia nak buat makan n sedekah sedikit kat Ustazah anaknya yang selalu beri dia kuih muih. Asalnya nak suruh aku bahagi dua, bekas yang sesuai pulak tak dak. So kau ajelah yang potong Jieha, akak bagi bekas tapi saiznya kurang sikit.

Apa-2 pun tqvm, kau nak ode akak terima. Alhamdulillah..rezeki untuk kami. semoga kau puas hati ngan kerja akak ni.




Wednesday, February 17, 2010

Walnut Brownies...



Tempahan dari Aishah, isteri teman sepejabatku, A D Naim untuk majlis jamuan perpisahan yang dianjurkan khas untuknya. Dia memang teringin nak makan brownies ni. Katanya makan sorang-2 tak best, so dia nak makan dengan kengkawan kat sekolah lamanya..Aishah, akak harap kau puas hati ye. Aku guna resepi dari blog Bro Rozzan..Chewy Goey Yummy Brownies. Tq sekali lagi.