Showing posts with label Blueberry Cheese Tart. Show all posts
Showing posts with label Blueberry Cheese Tart. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Ode 29/06/2012..Jumaat


Ode dari Puan Aidah n geng, BAM, RBW


Orange cake untuk Fea n geng..


Choc moist cake untuk Puan Noriz


Tart for engagement..Puan Norhaslinda, Taman Seri Puteri. Ide dari JHD, maaf baru minta izin. 

Tqvvm kepada yang sudi mengode, jika sedap bagi tau kengakawan, jika kureng, bagi tau saya..insyaallah akan cuba diperbaiki. 

Saturday, November 19, 2011

Blueberry cheese tart untuk doorgift/cenderahati..ode dari iparku, Mazian




Alhamdulillah ode 100 bj blueberry cheese tart untuk majlis cukur jambul anakanda barunya, Muhammad Zikry dan majlis khatam Al Quran anak sulungnya, Muhammad Zaem, 10 tahun. Tq Yan..terlupa rupanya disekalikan dengan majlis perkahwinan adik iparnya. Maka kenyang sudah perut kami ketika ini, dijamu makan selepas solat maghrib.

Sunday, June 5, 2011

Cheese tart doorgift..ode dari Faizan Fahmi

Assalamualaikum dan selamat petang...

Ode 800 pax cheese tart pelbagai rasa dari Faizan Fahmi dari Bangi untuk majlis sambut menantu 4 Jun 2011. Jemput pembantu-pembantu dari Melaka...kakak sulungku dan 2 anaknya.

Alhamdulillah siap dan telah diambil jam 7.15 petang Jumaat. Selamat pengantin baru buat keduanya dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayatmu.

Saturday, April 2, 2011

Door gift..blueberry, strawberry, mango cheese & choc tart





Ode 1000 pax cheese n choc tart dari memberku, Ziela n Fadzley sempena majlis perkahwinan adik mereka. Tq kepada mereka berdua yang telah memberi kepercayaan kepada Adnazthie-Kek.

Terima kasih juga kepada Kak Long, Fahmi n Ayu yang sanggup bercuti membantuku. Semua ode telah selamat disiapkan sebelum jam 8 malam semalam.

Tuesday, September 21, 2010

Door gift tempahan untuk majlis perkahwinan

Alhamdulillah berjaya menyelesaikan tempahan ini dengan bantuan kakak, adik n anak-2 saudaraku yang kebetulan datang berhari raya dari Melaka. Kalau tak, mau menangis aku tak siap.

Adik yang membuat tempahan ini tak mahu ku sebut namanya, ode khas untuk kekanda tercinta 1k blueberry cheese tart saiz biasa.

Dah sibuk sangat sampai x sempat ambil gambar. Gambar ini, tart yang diberi sebagai tanda terima kasih kepada yang menempah dari Adnazthie-Kek. Ambil gambar semasa di dalam perjalanan menghantar tempahan ke KL. Tqvm dik atas kepercayaan yang diberi.

Sunday, July 25, 2010

Blueberry cheese tarts..ode dari Anis



Salam malam Isnin...

Selamat menyiapkan ode untuk Anis, 25 bj bbc tarts saiz biasa. Tqvm Anis, esok kita jumpa ye..

Saturday, July 17, 2010

Tart campur n coklat



Ode dari Puan Lin, Putrajaya yang hendak kerumah abang beliau di perumahan berdekatan HTAR, Kelang. Puan Lin ode 35bj tart coklat n cistat campur. Jumpa depan Kompleks PKNS, Shah sebab lepas tu, ku nak ke BAGUS..

Friday, July 2, 2010

Hari Kantin Sek Men Keb Rantau Panjang..



30 bj blueberry cheese tarts.


11 pax x 3 bj baby tart telur.

27 pax x 3 bj cream puff

Salam sejahtera buat semua, semoga sihat di hari Jumaat yang berkat.

Buatkan untuk hari kantin di Sek Men Keb Rantau Panjang SILku.

Friday, June 25, 2010

Blueberry cheese tarts..ode dari member Mai


Salam petang Jumaat. Baru sampai rumah. Keluar dari ofis tadi jumpa suami yang dah ambil anak-2 n makan tengahari kat Seksyen 7 Shah Alam..makan tengahariku pukul 3 ptg tadi.

Dapat ode dari member Mai lagi, alhamdulillah. Tq ye. Kalini dia orang request 30 bj tart saiz biasa yang ada filing blueberry dalamnya.

Thursday, June 24, 2010

Kek lapis coklat lembap n cheese tart campur




Ode kek lapis coklat lembap n tart perasa campur oleh Puan Zakiah, member Mai. Puan Zakiah nak kek lapis untuk majlis bertunang anaknya Fareez dan pilihan hatinya, Izzati yang dok kat Changlun, Kedah.

Puan Zakiah nak deko ringkas aje..ku harap dia berpuashati. TQVM.

Thursday, June 10, 2010

Blueberry cheese tart untuk cenderahati

Kek marble bertukar jadi blueberi cistat..gatai tanganku buatkan Khadijah & Hajjar untuk majlis nikahnya 100 bj cistat. Harap berpuashati.

Untuk Khadijah & Hajjar, ucapan selamat pengantin baru, perkahwinan adalah permulaan hidup bersama suami tercinta. Semoga mahligai bahagia ini berkekalan bersama pasangan pilihan anda dan diberkati dunia dan akhirat.

Friday, April 30, 2010

Ode dari Mai n the gang lagi..

Malam semalam aku tidur jam 1 pagi siapkan cream n cheese puff serta casing tart sahaja. Nasib baik terjaga jam 5.45 pagi n dah lewat sebenarnya, kelam kabut pulak nak bakar cheese tart. Nasib baik bos n member ofis sporting n supportive, masuk jam 10 pagi tadi n keluar dari ofis jam 4 petang. Tq to Mura n Azira. Juga tak dilupakan member ofisku Nurul.

So, inilah hasilnya....TQVM Mai n gang n also to Syarliza..nanti ode lagi ye. Jangan serik. Setiap komen yang diberi akak terima dengan hati yang terbuka..



2 set 50 bj tart campur


80 bj tart campur

20 bj untuk Mai

25 bj tart saiz biasa, ada yang lupaku lorekkan filingnya.

50 bj cheese puff ode dari bos Mai dan juga 30 bj cream puff ode dari Syarliza, member depan pejabatku. Dua-dua jenis puff ini terlupaku ambil gambar.

Friday, April 16, 2010

Ode dari Mai untuk hari Jumaat





Mai n the gang minta Blueberry Cheese Cake, Tart Coklat, Kek Chiffon Pandan, Baby tart campur-2 , Cream Puff Cream Cheese. Tqvm ye Mai n the gang.

Disebabkan kereta problem, ku meminta bantuan suami menghantar ketempat kerja n ku pun mengambil kesempatan terus menghantar ode ini. Selalunya Mai ambil di ofisku.

Baru perasan gambar kek chiffon lupa nak ambil. Gambar cheese cake lupa nak ambil sebelum dipacking. So layan ajelah gambar yang ada ye.

Alhamdulillah dapat lagi ode 1 set baby tart campur untuk hari Isnin depan. Tqvm kepada kawan-2 yang menyokong saya, harap puas hati n halalkan apa yang kurang ye.

Saturday, April 10, 2010

Tempahan 150 bj tart buah saiz kecil


Baby BBC tart ode by Kak Naz, kakak n rakan seperjuangan dalam bidang ini.

Casing/shell tart yang disapu coklat cair bagi mengekalkan kerangupannya. Insyaallah.

Dah siap packing,ku letak buah anggur tanpa biji dan sedikit potongan buah pic. Sori mutu gambar kurang bagus.


Salam n selamat pagi. Kalau ikut jam PCku dah pukul 1.47 pagi, baru sat sampai rumah lepas jumpa Kak Naz hantar tempahan 150 bj tart saiz kecil (baby fruit tart) darinya.

Jenuh juga membuatnya, yelah comel-2 sangat saiznya. Apa-2 pun kena bersyukur sebab ini adalah rezeki dari Allah. Tqvm Kak Naz, semoga rancangan kita dimasa hadapan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Saturday, April 3, 2010

BB baby cheese tart..ode dari Nadiah



Ode ke 2 dari Nadiah. Sebelum ni Nadiah pernah ode kek chiffon pandan n this time dia ode 100 bj baby cheese tart dan mintaku packing 25bj x 4. Boleh saja. Alhamdulillah n tq ye Nadiah. Masa N3 ni dibuat, tart masih padaku lagi insyaallah petang nnt jumpa dia,sekali hantar ode dari Lina.

Harapanku Nadiah akan berpuashati.

Friday, April 2, 2010

Ode dari Mai lagi.



Ini juga harini dari memberku Mai untuk kengkawannya. Minggu lepas, hari Jumaat juga mereka ada ode untuk makan bersama keluarga. Tq bebanyak ye. Harap semua puas hati.

Friday, March 26, 2010

Ode dari Mai n kengkawannye..


Kek Chiffon Pandan

Cream puff dengan inti cream cheese

Tart coklat, strawberi, oren n blueberi.

Kek cawan coklat

Salam Jumaat buat pengunjung-2 blog ini. Alhamdulillah dapat lagi menghirup udara pagi ini n alhamdulillah hujan sekejap dan dah pun berhenti namun dapat meredakan bahang keadaan persekitaran dan alhamdulillah juga suami selamat sampai dari Penang malam tadi.

Alhamdulillah semua yang telahku buat ini telah selamat sampai ke tangan pembelinya tengahari tadi. Tq bebanyak, sekiranya terdapat sebarang kekurangan harap dihalalkan.

Tadi ada gak bagi sampel kek karot, kengkawan Mai suh tambah kismis, boleh no hal. Tq lagi sekali ye.

Monday, February 15, 2010

Chocolate, Blueberry n Strawberry Cheese Tarts

Sebenarnya tugasan ni siap sebelum balik ke Melaka n Perak sempena CNY, disebabkan tak sempat maka malam inilah baru den berkesempatan mengupload gambar tugasan haritu.

Asalnya Ustazah Laila nak ode BBC, Strawberry n Orange Cheese tarts TAPI tak tahan dengan pujukan dan rayuan dari anak-anaknya akhirnya dia jumpaku semula n minta tukar orange cheese tarts kepada chocolate tarts. Boleh apa salahnya. Ustazah ode 30 biji tart untuk dibawa balik sempena cuti CNY ke kampungnya di Teluk Intan. Rasanya ini kali ke 3 dia ode dengan ku dengan pilihan dan citarasa yang berbeza. Tak pe, janji dia puas hati dengan koje den. Tq ye Laila.

Friday, February 12, 2010

Ode..cuti sempena CNY, alhamdulillah.

Kek lapis coklat lembap ode dari Ina dan Mai, x ofis mateku. Mai ode untuk member dia di UiTM.

Marble Cheese Brownies ode dari member SILku di RP.

Tart telur, bbc n oren ode dari member x ofis mate Mai (UiTM)


Last but not least, kek chiffon pandan tanpa santan, ode dari Mai sendiri. Ini repeat ode chiffon pandan dari Mai. Tq bebanyak pada yang telah meng-ode. Semoga semuanya berpuashati dan untuk adik-2 ku itu, akak jual ye.

Kepada bos-2 ku Mura n G Are tq sebab terpaksa ambil cuti gak semalam, keletihan n sowi upload gambar masa kau orang gi kuar rehat, masa kat umah tak sempat nak taip ayat, akak ambil masa sekejap ye., halalkan yer....he he he. Nanti akak bawa pelbagai kek dari Adnazthie-Kek untuk kau orang jadi tester. Tq sekali lagi ye.