Wednesday, June 30, 2010

Kek coklat lembap untuk meraikan Yam...ode dari Mai





Kek coklat lembap ni Mai n friends ode untuk meraikan rakan mereka yang menamatkan khidmat secara kontrak untuk sambung belajar. Tahniah Yam.

Respond dari Mai..jam 9.52 pagi :

Kek sedap..semua orang suka.

Alhamdulillah tq ye Mai..

Yang sedihnya, tulisan atas kek beralih semasa dalam perjalanan menghantarnya. Nasib baik mereka puas hati. Apa-2 pun tq sekali lagi atas sokongan dari mereka semua.

Baby fruit tarts n cream puff..repeat ode dari Yatie.





Salam sejahtera.

Repeat ode dari Yatie, Seksyen 2 Shah Alam. 150bj baby fruit tarts n 120 bj cream puff. Tq Yatie.

Monday, June 28, 2010

Selamat ulangtahun untuk MIL..20 Jun.




Happy belated birthday MIL.

Sebenarnya bday MILku ini jatuh pada 20 Jun lepas, minggu ni kami adik-beradik berpakat bawa dia berehat-rehat di Teratak Angah, Kemensah...kat belakang Zoo Negara.

Ku buatkan kek coklat, souffle cheese cake n cuppies untuk makan bersama MIL, SIL n anak-2 sedaraku.

Semoga mak panjang umur, gembira dan semoga diberi kesihatan yang baik.

Baby fruit tart..ode dari Azfa

Sebelum diletakkan custard, gincukan ngan coklat dulu.

Dah siap make-up


6kotak x 50bj baby fruit tart yang dihias ngan buah strawberi, pic n kiwi

Salam sejahtera buat semua.

Ini ode hari Sabtu 26 Jun 2010 lepas yang saya dapat dan telah selamat dihantar kepada Azfa, Seksyen 17, Shah Alam. Asalnya Azfa ode 400 bj tapi kerana kesuntukan masa 300 bj sahajalah yang dapatku siapkan. Azfa ode untuk majlis tahlil ditempatnya.

Tq Azfa..

Friday, June 25, 2010

Blueberry cheese tarts..ode dari member Mai


Salam petang Jumaat. Baru sampai rumah. Keluar dari ofis tadi jumpa suami yang dah ambil anak-2 n makan tengahari kat Seksyen 7 Shah Alam..makan tengahariku pukul 3 ptg tadi.

Dapat ode dari member Mai lagi, alhamdulillah. Tq ye. Kalini dia orang request 30 bj tart saiz biasa yang ada filing blueberry dalamnya.

Thursday, June 24, 2010

Kek lapis coklat lembap n cheese tart campur




Ode kek lapis coklat lembap n tart perasa campur oleh Puan Zakiah, member Mai. Puan Zakiah nak kek lapis untuk majlis bertunang anaknya Fareez dan pilihan hatinya, Izzati yang dok kat Changlun, Kedah.

Puan Zakiah nak deko ringkas aje..ku harap dia berpuashati. TQVM.

Cream puff n fruit tarts..ode oleh Yatie



Salam ceria buat semua. Semoga anda semua sihat. Bagi yang tak sihat, jangan lupa jumpa Tuan Doktor..

Ode dari pelanggan baru..Yatie, Seksyen 2, Shah Alam. Yatie ode 30bj cream puff n 50 bj baby fruit tarts. Pagi tadi sambil ke tempat kerja, ku hantar kerumahnya.

Harap Yatie puashati dengan kerja akak ye. TQVM

Sunday, June 20, 2010

Kek lapis coklat cadbury


Kek lapis sebelum dimake up



Kusiramkan dengan choc ganache dan sedikit hiasan buah strawberi n coklat cadbury.


Asalnya hias strawberi n anggur, tapi terlupa lak beli anggurnya. Strawberi pulak beli 2 kota sahaja. So inilah sahaja hasilnya.


Ode 2 bj kek lapis coklat cadbury ini adalah dari rakan sama sebangunan tempat kerjaku. Lin ode sempena hari bapa dan sempena bday ibunda, Hajah Rose dan anak sedaranya, Damia. Thanks ye Lin, tak nak duit baki dan disedekahkan pada anak-anakku. Semoga murah rezeki kau ye Lin.

Lin minta hiaskan kek ngan buah-buahan, inilah hasilnya. Ciplak idea dari blog Cake Republic, baru tadi minta izin.

Kepada ibu n ayah Lin yang akan mengerjakan umrah, selamat harijadi dan selamat hari bapa serta semoga selamat menunaikan ibadah umrah tersebut dengan tenang dan selamat kembali.

Tq sekali lagi ye Lin, harap kau dan keluarga berpuashati.

SMS dari Lin :

Kek 2 sedap. Dh abis pun. Tqvm ye. Nnt ada rezeki lg, kite ode lg..

TQVM Lin n famili.

Selamat Hari Bapa.





Selamat hari bapa untuk semua bapa, ayah, papa, daddy, abuya dan pelbagai panggilan dari anak-2 untuk ayahanda kesayangan mereka. Semoga jadi ayah yang terbaik dan bertanggungjawab.

Member lamaku Zu, ode sekali lagi kek butter pelangi yang sebelum ini diode untuk bday anaknya. Asalnya nak buat logo MU, tak menjadi..inilah sahaja hasilnya. Jumpa Zu selepas tol Saujana Putra.

Nak deko gambar pokok, jadi gambar jambangan bunga.

Saturday, June 19, 2010

Kek lapis...


Salam sejahtera buat semua..semoga sihat hendaknya.

Kek lapis ini baki adunan kek lapis coklat cadbury yang ku buat ode dari memberku, Lin. Kebetulan biskut jejari ada dalam stok, so makcik merajinkanlah tangan walaupun kefala dah sakit sangat masa tu.

Dah sejuk dan dah rasa. Alhamdulillah tak manis sangat. Nantilah ku cari apa kenamanya kek lapis ni, ada kat blog Brother Rozzan tu.

Kek untuk Lin pulak nanti ku upload ye..lepas make over..he he he..jangan terover dah.

Sunday, June 13, 2010

Baby blueberry cheese tart..ode dari Athirah



Salam buat semua, semoga sihat. Dapat ode ni kalau tak salah 9 Jun n bagi jawapan pada 10 Jun. Athirah tanya untuk ode hari Ahad TAPI Ahad ku tiada disini, so ku tanya if can arrange ealier or after Sunday. Senang berurusan ngan dia. So, hari Jumaat malam Sabtu , odw balik kg ku, kami dating jap kat luar kawasan tempat dia menetap bersama 9 kengkawannya di Seksyen 18, Shah Alam. Comel n kecik cinonet anak dara ni..Tq ye dik.

Komen dari Athirah...

Salam..akak sedap la tart ni..Kulit dia pun ranggup. Tq ye dik, nnt bolehlah ode-2 lagi.



Thursday, June 10, 2010

Blueberry cheese tart untuk cenderahati

Kek marble bertukar jadi blueberi cistat..gatai tanganku buatkan Khadijah & Hajjar untuk majlis nikahnya 100 bj cistat. Harap berpuashati.

Untuk Khadijah & Hajjar, ucapan selamat pengantin baru, perkahwinan adalah permulaan hidup bersama suami tercinta. Semoga mahligai bahagia ini berkekalan bersama pasangan pilihan anda dan diberkati dunia dan akhirat.

Kek marble




Asalnya kek ini untuk dua pupuku Ijah yang nak menikah Jumaat esok, tapi disebabkan kesilapan teknikal..ye ke, semasa membakar di oven kek lapisku, keknya tenggelam di bahagian tengah.

Rezeki anak-2 remaja yang ikut Program Daurah Penghayatan Remaja Islam. Ku sedekahkan ke sana.

Peringatan pada diriku jangan tergopoh gapah. Tunggu kek dah nak masak baru turunkan ke bahagian bawah.

Wednesday, June 9, 2010

Tart telur berperisa strawberi n blueberi..



Perisa blueberi ni kalernya tak cun sangat padaku.


Ini kalernya menawan tertawanlah hai dimataku...

Salam siaran buat semua..he he he.

Biasalah kalau ada ode atau cuba-2 barule bersiaran. Dapat ode tart telur berperisa strawberi n blueberi dari member Mai.

Memula nak tolak sebab tak pernah buat. Ku pernah buat tart telur aje. Lepas tu teringat pernah tengok resepi tart telur coklat dalam Majalah Rasa, so dengan yakin ku menerima ode ini. Kebetulan pulak harini sesajaku bercuti.

..maka inilah hasilnya. Tqvm ye, semoga puashati dengan tart ini.

Friday, June 4, 2010

Kek span bluberi




Alhamdulillah..dan selamat hari Jumaat, walaupun hari Jumaat ini hampir meninggalkan kita.

Asalnya kawan Mai ode kek lapis coklat lembap untuk birthdaynya hari semalam tapi disebabkan tuan rumah dah dekat seminggu tak sihat, jadi ku pun bertanya melalui Mai samada boleh tukar ode kek jenis lain yang mudah. Alhamdulillah senang saja berurusan..on. Tqvm ye.

Yang mengode taknak tulis ucapan birthday, ini yang diminta, ku ikut sahaja.

Komen :

Kek tadi ok semua kata sedap..dah habis. Alhamdulillah.

Kepada yang mengode kek ku ini, Selamat hari lahir, selamat panjang umur dan semoga sentiasa diberkati hidupnya sepanjang hayat.

Thursday, June 3, 2010

Ode kedua dari Hannan..



Alhamdulillah, kalini Hannan ode 25 bj baby bbc n 25 bj baby choco tarts..TQVM..harap memenuhi citarasa Hannan yang nak balik kampung. Semoga selamat di dalam perjalanan pergi dan balik.

Wednesday, June 2, 2010

Cream puff & baby fruit tarts..ode oleh Suhana




Ode ke2 dari Suhana..tq ye Su. Su ode 50 bj baby fruit tarts n 100 bj cream puff.