Saturday, October 31, 2009

Kek lapis coklat lembap-AlongRoz




Aku dapat resepi ni dari blog AlongRoz n inilah kek lapis yang aku nak buat untuk sahabat aku, Zuraini di Putrajaya. Insyaallah kami akan berjumpa masa majlis kenduri kahwin sahabat lama masa zaman-2 belajo kat Shah Alam dulu.
Komen aku tentang kek ini mengikut deria rasa aku, kek ini sangatlah moistnyer..memang terasa coklatnya. Sesuai sangat untuk anak-2.
Aku buat guna loyang 8" x 8'"kek ini tinggi aku dapat sampai lebih dari 15 lapis dengan setiap lapisan 5 sudu besar.

Friday, October 30, 2009

Projek 1





Bahan tak mencukupi..tunggu kesudahannya..

Wednesday, October 28, 2009

Kek buah bakar




s
Aku memang peminat semua jenis kek buah. Ini terbaru lepas aku surf blog Mamafami. Please ignore warna atas kek. Aku guna oven kek lapis bahagian atas. Rasanya mabeles sangat.

Kek lapis coklat oren





Buat petang tadi, lama gak tak melapis. RiNdU..Ni aku buat guna resepi Auntyochana. Boleh tahan jugak rasanya. Buat 1/2 adunan aje, telur 20 bj. Ada rasa oren, coklat n kopi.

Sunday, October 25, 2009

Kek lapis aiskrim lagi...?


Bukan buat yang lain. Aku cuma ambil gambar ni guna hp suami, lagi ok kan. Baru puashati aku. Kekadang tu anak-2 komplen gak sebelum makan mesti ibunya sibuk na.k ambil gambar, agaknya terbantut selera depa..Sowilah sayang, inilah ibumu sekarang..buat kek/masakan ambil gambar..lepas tu ambil makanan masuk mulut..he he he itu yang benarnya.

SELAMAT MENJAMU MATA

Kalau kau nak rasa mehlah datang, masih ada lagi dalam freezer buat masa ni. ermmm...

Kek aiskrim





Sowile kekawan mutu gambar kureng TAPI rasa WOKKEY, akhirnya berjaya gak aku buat kek ni. Kek asas tu resepi yang sama macam kek coklat pisang yang pernah aku buat. Sesiapa berhajat jangan tunggu lama NANTI aiskrim caig.

Friday, October 23, 2009

Kek Coklat Lembap Kukkus untuk b'day girl

This is my office mate aka my boss, still young less than 25 year old. Her birthday was on Oct 15, but we only celebrate it on Friday cum raya potluck..betul ker. I made this cake specially for her with love but less decoration. Happy b'day G Are

I also made for my children who love chocolate cake very-2 much..enjoy it dear

Puding yang tak marble berbuah campur

Asalnya nak buat puding marble, teringat ada buah-2an campuran yang masih tak berbuka lagi so untuk tidak membazirkan, aku campur dalam puding ni, hasil warnanya memang aku suka. Rasanya pun SEDAP...

Saturday, October 17, 2009

Order dari sahabatku Zuraini Putrajaya

Masa posa dulu aku ada tanya dia nak ode kek lapis tak..lepas tu aku tak konpemkan semula, masa minggu kedua raya haritu janji dengan dia bila ditanya, okey insyaallah aku cuba buatkan bila dia datang beraya kat umah aku esok.
So, ni tengah pening kek lapis apa yg bebudak suker. Dalam otak Lapis Oreo n Coklat..nanti dah siap keknya aku upload gambar..resepi dah cari.
Kebetulan harini Deepavalli..so cuti macam biasa aje sebab jatuh pada hari Sabtu..nangis.. kejap sangat tak terasa cuti nye. Suami insyaallah ballik dari Penang harini..singgah kg dia kat Perak jap, tak pe dapat gak dia ziarah emak mertuaku aka mak dia..wa ka ka

Thursday, October 8, 2009

Lapis strawberi n pandan


Lapis strawberi


Lapis pandan

Saja-2 buat untuk diri sendiri. Masa nak raya dulu memang takde buat untuk rumah aku. So, for family, neighbour n my friends yang nak datang beraya, kek lapis dah ada

Fruit Chocolate Cake


Selamat Ulangtahun SAYANG.

Actually this cake made for my eldest son, sambut his 10th b'day on Oct 7. Aku guna buah pic. The cake is very moist n kalau nak makan seeloknya simpan dalam freezer dulu. Sebelum ni pun aku pernah buat tapi guna buah pisang. So, anybody interested, do contact me.

Sorile campur aduk bahasa..sesekali ngomong..campur-2

Monday, October 5, 2009

Kek lumut lagi..


Aku buat lagi untuk SIL Kelang. Bagi aku yang memang masih baru di dalam dunia ini, kena jual 1/2..harga pun masih sederhana. Kalau jual adunan penuh takut tak de pulak yang nak ode. Apa-2 pun tq untuk mereka yang sentiasa memberi sokongan.

Saturday, October 3, 2009

Rezeki selepas raya

Alhamdulillah dan terima kasih atas tempahan dari mereka yang boleh menerima hasil kerja ku. Nampaknya minggu ke 2 raya ni aku ada menerima tempahan lagi. Aku siapkan kek ini pada hari Rabu 30/09/2009 sebab usaha nak hantar ke Ipoh pulak.

SIL Kelang,
1/2 - lumut
1 - asam manis

SIL Ipoh,
1/2 - lumut
1 - asam manis
1 - tembikai
1 - keladi

Tambahan ode oleh Nurul n Mura, member ofis, depa ambil 1/2 seorang.

Aku harap semuanya berpuashati dan aku akan terus cuba memperbaiki hasil kerjaku dan diharap menerima komen yang membina dari semua. Insyaallah.

Minggu ke 3 nanti dah ada tempahan gak untuk jamuan raya dari SIL Kelang. Tq 4 your ode. Nnt aku upload gambar-2nya.