Thursday, August 27, 2009

Kek marble


Kek marble juga dikenali sebagai kek zebra. Antara produk terbaru. Harga berpatutan..lebih ekonomi. Boleh di dapati dalam saiz 8" x8".

Monday, August 24, 2009

Kek lobak walnut



Mempelbagaikan kek untuk jualan. Harga lebih ekonomi.



Memperkenalkan keluarga terbaru-KEK LOBAK WALNUT. Boleh juga dihiasi dengan cream cheese, tapi biasa harga lebih sikit ye.

Saturday, August 22, 2009


Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih
Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi (s.a.w) tentang Fadhilat (kelebihan) Sembahyang Sunat Terawih pada bulan Ramadan.
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang Terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam 3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang Terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat , Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-seolah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi (a.s) menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang Terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim (a.s).
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad (s.a.w).
Malam 10 : Allah (s.w.t) mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang Terawih serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah (s.w.t) tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru malaikat : Hai ! Hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah (s.w.t) tinggikan darjatnya didalam syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang solihin
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur .
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah (s.w.t) binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika sujud).
Malam 25 : Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah (s.w.t) kurniakan kepadanya pahala seribu kali Haji Mabrur
Malam 30 : Allah (s.w.t) beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : " Hai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) yang bernama Al-Kauthar".

Marhaban Ya Ramadhan


Thursday, August 20, 2009

Kek Lapis Nescafe


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 4 untuk adikku Mohd Sabri n Anis Afiza. Semoga kekal ke akhir hayat. Ni tempahan khas dari isterinya. Aku buat setengah adunan atas permintaannya. Hiasan biasa aje, anywaz enjoy it.

Monday, August 17, 2009

Kek-kek lapis untuk CUTI SEKOLAH

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5370875369460824722" />
Kek lapis pandan

Kek lapis strawberi

Kek lapis betawi
Kek-2 lapis yang dipotong 4 sebagai promosi CUTI SEKOLAH.

Thursday, August 13, 2009

Kek lapis pandan n lapis coklat untuk jualan


Lapis pandan-RM6
Lapis coklat-RM8
Kak Rabiah ambil 2 coklat, 1 pandan
Mura nak ambil 1 coklat, 1 pandan
Aku buat saja-saja, sambil nak bagi sampel kat Aishah. Harap depa suka.
Kepada sesiapa sahaja yang pernah beli kek lapis buatanku, sekiranya ada kekurangan harap dimaklumkan dan akan cuba kuperbaiki. Terima kasih atas sokongan kalian.

Monday, August 10, 2009

Sampel kek kukus buah-2an


Aku buat lagi semalam sampel nak bagi SIL aku. Masih guna Mentega Golden Churn. Bawa gi ofis tadi pagi.

Saturday, August 8, 2009

Kek buah kukus caraku


Okey pada sesiapa peminat kek buah kukus, silakan order. Mula-mula jamu mata, lepas tu lehlah jamu selera.Order jangan tak order.

Kek Lumut caraku.



Ini pun sebahagian dari kek yang aku cuba untuk jual. Yang ini aku guna mentega Golden Churn, harga lebih sikitlah. Kalau buttercup tu masih boleh kurang lagi. Anyway selamat menjamu mata dan jangan malu untuk order.

Kek Lapis Coklat Strawberi


Inilah tempahan pertama dari Aishah untuk sahabatnya. Aku harap mereka akan berpuashati dengan kek ini. Selamat menjamu selera.

Sekiranya terdapat sebarang kecelaan atau kekurangan harap dapat dimaafkan.

Monday, August 3, 2009

Kek coklat lembap utk tunang Naim n SIL


Kek untuk SIL, Kuala Pilah. Dia buat kenduri sambut puasa n tahlil. Habisss...aku pun tak rasa langsung masa buat ni. Buat sekali 2 adunan.


Kek untuk tunang Naim-Aishah. Komennya amat +ve, vangga, apa-2 pun tq Naim.