Alhamdulillah dapat ode kak karamel lagi. Kalini dari Nurul Hanim dari Puncak Perdana. Harap Nurul n suaminya suka dan puashati dengan kek karamel ini. Maaf ye, tak berapa cun sangat, kelam kabut nak siapkan sebelum ke tempat kerja pagi tadi.
Selamat hari lahir ke 8 tahun buat anakanda Muhammad Qoyyum atau mamanya panggil Abang. Semoga sentiasa sihat dan jadi anak yang baik buat mama dan keluarga. Terharu sebab susah payah Marina dari Puchong datang ke Meru sebab nak ambil kek ini.
Harap Abang berpuashati dengan 'Green Angry Bird' kegemarannya. Kepada Marina, harap berpuashati dengan kek tersebut..terima kasih ye.
Ode dari Lin lagi untuk hantaran pertunangan saudaranya. Tq Lin..insyaallah member Lin yang dah merasa masa ode hari Jumaat bercadang nak ode untuk meraikan perpindahan ke ofis baru mereka selepas Aidil Adha..Insyaallah.
Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan dari adik junior asrama masa kat Kolej Kenanga 3, ITM dulu..setelah hampir 20 tahun tak berjumpa, dengan izinNYA melalui FB kami bertemu semula.
Zu ode 100 bj baby cheese tart n sebiji kek tema Angry Bird..alhamdulillah, berjaya walaupun x berapa kreatif sangat hiasannya.
Alhamdulillah selamat menyiapkan ode dari member Ustazah Laila sebelum bertolak ke Sentul dan kemudiannya ke Ipoh, majlis kenduri kahwin sedara sebelah suami..
Ode dari Puan Zaryna lagi, cream puff dan kek pelangi untuk hari lahir bondanya..tq Za. Harap puashati. Kepada bonda Zaryna, selamat panjang umur dan semoga sentiasa sihat dan diberkatiNYA.