Wednesday, October 16, 2013

Pages ADNAZTHIE'S (SHARMILA SULAIMAN) di Facebook

https://www.facebook.com/pages/Adnazthies-Sharmila-Sulaiman/133019203460878?ref=hl

Assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya Aidil Adha..dan semoga kita mengambil iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s. 

Saya juga memohon maaf sekiranya sepanjang berurusniaga dengan pelanggan-2 tersayang, ada kekurangan atau hal-2 yang tidak memuaskan hati, saya mohon dihalalkan dunia dan akhirat.

Kepada mereka atau sesiapa juga yang saya tak dapat memberi diskaun harap maafkan ye, sebab saya masih lagi mengekalkan harga produk saya pada harga lama dan sekiranya urusan pembelian tidak memberi nilai yang saya rasa patut saya memberi diskaun, berbanyak-2 kemaafan saya harapkan ye. 

Walaubagaimanapun sokongan dari pihak pelanggan yang dikasihi amatlah saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.

Saya juga tidak dapat kerap mengupload kerja saya di blog saya ini kerana masalah penggunaan Broadband CELCOM yang sangatlah teruk di kawasan saya. Pelanggan2 lama atau yang bakal menjadi pelanggan baru saya, boleh LIKE Pages saya di Facebook ye.

No comments:

Post a Comment