Sunday, July 25, 2010

Kelas Coklat



Teringin belajar buat coklat, alhamdulillah tercapai hasratku akhirnya.

Tq Cikgu Wati, Seksyen 19, Shah Alam. Lupa nama blognya tapi ada dalam senarai bloglistku. Seronok belajar ngan dia ni..dapat juga berkenalan ngan Kak Aripah dari Taman Bunga Raya, Kg Jawa n Nurul dari Fasa 2, Puncak Alam.

Sebenarnya aku terlewat sampai, salah baca sms, ingat kelas mula jam 10.30 pagi..he he he, maaflah ye kengkawan. Rupanyer kul 10.00 pagi.

Belajar teori tentang coklat, perbezaan coklat converture n compound. Belajar tempering..betulke, buat inti coklat..strawberi n coklat, buat lollipop..lupa nak bawa balik, belajar buat marbling dll.

Selesai kerja, kami dijamu nasi ayam dari Chicken Rice Shop, makan reramai n hujan turun ngan lebatnya. Sementara menunggu hujan teduh sempat belajar Rahsia Tarikh Lahir dari Nurul..he he he Nurul tq kerana berkongsi ngan kami.

Kak Arifah x sempat nak join sebab suaminya dah sampai n dia pulak nak menghantar anaknya balik ke asrama.

Oklah ada rezeki kami jumpa lagi. Tuntut ilmu lain pulak..Anywaz thanks to Cikgu Wati.

No comments:

Post a Comment