Saturday, January 9, 2010

Nostalgia..karipap







Aku belajar buat karipap masa sekolah rendah lagi, umur lebih kurang 11 tahun. Mungkin ada yang lebih awal dariku, membantu emak menyediakan segalanya dari A ke Z.
Segalanya bermula pada tahun 1980, arwah abah seorang tentera dipindahkan bertugas di Kem Bakri, Muar. Aku sekeluarga tinggal di Melaka. Perjalanan naik motor mungkin lebih kurang 1/2 jam. Abah suruh mak buat karipap berintikan serunding kelapa, kentang dan keledek dan dia tumpang di kantin kemnya. Alhamdulillah walaupun sedikit TAPI setiap hari abah mesti bawa ke kantin. Kekadang abah bawa balik biji labu, kau orang tahu tak. Goreng dengan pasir yang dah dibersihkan buat kuaci, jual kat sekolah.
Bulan Ogos 1981, rasanya hari ke 7 Syawal, abah dah mula bekerja tapi masa tu dia dah dipindahkan bertugas di Kem Terendak, Melaka. Abah accident masa nak ke tempat kerjanya dengan trak askar dan abah pergi terus meninggalkan kami selamanya.
Semenjak dari itulah emak meneruskan membuatkan kuih muih seperti karipap, kuih keria/roda, seri muka, tepung talam, koci dan apam gula melaka. Aku pulak sebelum pergi sekolah yang aku ingat masa tu dah naik sekolah menengah, tingkatan 1 sesi petang, sebelah pagi tolong meniaga bawa bakul jual kuih muih dari rumah ke rumah. Selepas tu pulak dalam pukul 11 pagi, aku akan pergi kedai kopi yang mak buka waktu petang, mencanai tepung karipap dan menyiapkan sehingga selesai.
Sekarang, emak dah tak meniaga, anak-2 dah besar dan insyaallah emak telah berjaya mendidik kami. Bukan nak berbangga atau riak TAPI hakikatnya. Kakak sulung dah buat master sekarang guru kaunseling, adik perempuan aku, pharmacist dulu belajar kat USM, Penang, adik lelaki ke 1, belajar kat UTM Semarak n kerja kat Kulim, adik lelaki ke 2, tentera berpangkat Mejar, adik lelaki bongsu dulu belajar kat UiTM, ambil Sains Komputer TAPI bekerja sendiri dan aku.........................insyaallah pada aku, aku pun telah berjaya juga, walaupun setakat buat Diploma Akauntansi kat ITM, aku ada suami, 3 orang anak dan aku ada kerjaya tetap bukan surirumah sahaja dari tahun 1991. ALHAMDULILLAH..

No comments:

Post a Comment