Sunday, January 31, 2010

Peach choco mousse cake



Thanks to Lina yang ode 2 biji kek untuk ulang tahun perkahwinannya yang ke 23 tahun pada 28 Jan 2010 serta sempena ulangtahun harilahir suami dan anaknya pada 29 dan 30 Jan 2010. Lina nak buah pic.

Dia ni x staf suami aku gak. Ode 2 biji sebab sambil menziarahi anaknya yang belajar kat Sekolah Hafiz, Seksyen 13, Shah Alam. Katanya nak makan kek reramai beserta kengkawan anak-anaknya. Baiknyer hati dia. Siap masak-2. Apa-2 pun aku sangat berharap kau dan keluarga berpuashati dengan hasil kerja pertama ku ini. Tq 1000x.

Komen dari Lina :

Alhamdulillah anak-2 puji sedap dr tempat yg selalu ode sblm ni. Insyaallah nak ode untuk anak kat USIM pada 25 hb Feb nnt.

Tq sesgt ye Lina, Alhamdulillah.
























Wednesday, January 27, 2010

Kek coklat ice cream untuk Aini





Alhamdulillah dapat gak siapkan tempahan kek ice cream. Sebelum ni aku buat untuk makan-makan ngan anak-2.

Ini pula kali ke 3, x staf suamiku menempah kek dariku. Kali ini sempena ulangtahun ke 9 perkahwinannya pada 27 Jan 2010.

Okeylah Aini, semoga Aini berpuashati dengan akak yang masih baru lagi dalam dunia 'baking' ini. Kualiti gambar kureng..hp kurang mahal.

Lupalak nakku ucapkan 'Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 9', semoga sepanjang tempoh perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat, suka dan duka ditempuhi bersama dan semoga rumahtanggamu sentiasa diberkati ALLAH SWT. Amin....

**** Aini ambil kek ni pada waktu malam 9.30 malam.
Pagi tadi aku tanya dia macamana kek tu : "Separuh da abis mlm td. Maknanya sedap la tuh. Siap ada yg mintak sponsor time besdey lg."

Tq bebanyak lagi sekali ye Aini....

ALHAMDULILLAH, aku sebagai orang baru memang selalu cemas dengan citarasa pelanggan dan aku sangat berharap agar dapat memenuhi selera mereka. Tq atas sokongan anda semua.

Saturday, January 23, 2010

Ode dari SIL aku di RP




Dia ode minggu sebelum, aku ingat nak buat lambat lagi sebab...tak pelah tak yah citer. Ini sebenarnya resepi kek coklat lembap dari Damira.Fotopages. Aku ubah sikit aje, kurangkan n tambah oren skuas. Nak rasa oren sikit. SIL sebelah suami n kawanku, Mai tanya samada aku tahu. K lah insyaallah leh lah kalau depa nak ode. Aku pun dijamu makan sekali tadi masa ngantar kat rumah SIL aku yg dah lam tak aku jumpa anak-2 sedaraku walaupun dah dekat sesangat..he he he.
K lah Anis, kak ngah harap kali ni Sabri n anak-2 kau suker..Thanks nnt ode lagi ye jadi tukang perasa resepi olahan..

Tempahan ke 2 dari Sherin



Semalam hajat hati nak mencuba tart telur sebab ada member yang tanya. Tengah buat adunan pastrinyer, dapat mesej dari Sherin samada boleh ke kalau dia nak ode bbc tarts n fruit tarts, aku on aje n tanya berapa...k inilah dia. 40 - 40. Alhamdulillah. Kalini aku makeup sikit fruit tarts tu ngan coklat cair.
Cerita harini lak, tersilap kira bbc tarts, sib baik mmg bawa spare nk bagi SIL kat Rantau Panjang sambil ngantar kek kerumahnyer.
Ok Sherin, aku harap kau puas hati ye, nnt leh lah ode lagi..Tq bebanyak sesangat.

Bunga apa....bunga ros kerastanganku





Kerastanganku, he he he, tak sangka tangan kasarku ini berseni gak....

Wednesday, January 20, 2010

Fondant

Lagi ilmu kat baking project , klik disini.

Steam butter cream

Masa ziarah blog siapa aku lupa lak, jumpa ni, klik di sini. Aku copy paste untuk rujukan masa hadapan.

Kek Chiffon Pandan n Nasi Tomatoku

Kek chiffon pandan, ode dari Nurul untuk suami tercinta, semoga Nurul puashati dengan kerja akak yang pertama untuk mu.

Inilah kek yang Fathieha nak makan. Dapat gak aku merasa sekali. he he he.


Nasi tomato aku yang sempoi. Janji rasanya menawan hati anak-anak ku balik makan dari sekolah, Adli n Nazmi biasa mesti makan lebih sepinggan, ibunyer lagi lebih...


Ayam masak merah....ermmm, sedap gak.

Seawal 5.30 pagi aku dah terjaga, teringat nak masak nasi tomato. Lama dah rasanya tak buat untuk anak-2. Apalagi keluarkan ayam n terus sesambil tu masak breakfast untuk depa, roti salur telur. Rotinyer aku tak ambil gambar lak..oops.

Saja aku masak awal sebab nnt balik keje, sampai, terus makan sekali ngan anak-2. Alhamdulillah sebelum aku kuar g keje pagi tadi, semuanya dah siap termasuk kek chiffon pandan untuk Nurul. Nurul kata suaminya suka kek tersebut. So dah siap awal, walaupun asalnyer nak buat balik koje.
Sampai rumah lak, anak pompuan aku yg sorang tu teringin, kesian pulak. Makanlah kau. Aku buatkan lain untuk Nurul. Alhamdulillah dah siap masa aku sibuk menaip ni, Nurul baru jap sms dia br kuar ofis. Tak kisahlah Nurul, janji kek untuk suamimu yang menyambut b'day harini dah siap. Alhamdulillah. Baki kek yang aku potong tadi pun sedekah sikit kat jiran aku, Azie dan bebudak yang main badminton kat depan umah aku.
Lupa nak tq bebanyak kat Nurul. Untuk suami Nurul selamat hari lahir, panjang umur dan diberkati ALLAH seumur hidupmu bersama keluarga tercinta.

Tuesday, January 19, 2010

Tira I Miss U in cc



Terbekenan masa jejalan kat umah usahawan kek wanita Puan Zanaz, lepas tu masa jenjalan lagi kat blog Auntyochana terjumpalah resepinyer. Kalau ikut ni dah kali ke 2 aku cuba membuatnyer di dalam cc n kali ini aku rasa dah hampir berjaya. Nak bagi mantaf lagi kena tambah lebih cream cheese D'qisra lagi. Lupa nak cakap atasnyer aku taburkan serbuk koko dan coklat.
Selamat menjamu mata ye kengkawan, for my office mate lak, esok kalau akak tak lupa akan ku bawa untuk mu yang sedang sibuk berdiet jusmate, rosaklah rejim diet mereka gegara aku. Depa ni kira tukang testerlah. tq ye kengkawan yang juga adik-2 ku.

Sunday, January 17, 2010

Ode dari Hasha untuk b'day suami tersayang



Masa aku sibuk fb tadi sesambil upload gambar kek sebelumnya, Hasha ada on9 sekali memberi ulasan foto kek aku n dia kata bagus gak kalau buat untuk b'day suami dia harini. Masa tu dah hampir pukul 2 petang, takpelah sebagai memenuhi keinginan isteri yang nak celebrate untuk suaminya aku pun bersetuju. Alhamdulillah siap jam 7 petang tadi.
Ini adalah ode ke 2 dari Hasha, sebelum ni dia ode BBC tarts. Terima kasih Hasha, hope u'll like it, aku hias dengan W. C aje.

Kek Coklat Lembap Kukus untuk Adli, Nazmi n Fathieha



Sebenarnya anak-2 dah request since Friday afternoon. Akhirnya pagi tadi bangun awal jam enam pagi terus adun kek ni. Kek ni kek kukus sebenarnya, buat pun dah banyak kali n very the moist gak. Resepi dari Myresepi oleh Alongroz. Aku guna loyang bentuk hati saiz 9". Skill hiasan masih kureng n insyaallah lepas ni mesti lagi ok. Tunggu...

Wednesday, January 13, 2010

Perhatian! Perhatian! Perhatian! Keju halal bumiputera ISLAM di pasaran

Salam pagi Rabu, semoga anda semua di dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Wahai semua penduduk, he he he pengunjung blogku yang tak seberapa ini, kek dan tarts berunsur keju keluaran Adnazthie-Kek adalah menggunakan keju halal bumiputera Islam iaitu dari D Qisra Cheese. Untuk maklumat lanjut bolehlah tuan/puan ziarah di sini.

Marilah kita berusaha bersama di dalam memastikan setiap makanan/minuman yang kita makan adalah dari unsur yang meyakinkan dan juga bersama membantu meningkatkan lagi ekonomi bumiputera Islam.

Demikianlah sedikit perhatian yang saya minta dari tuan/puan di pagi ini..he he he. Salam sejahtera.

Tuesday, January 12, 2010

Cheezy blueberry cheese cake








Memperkenalkan ahli baru di rumah saya..cheezy blueberry cheese cake ambil dari myresepi.com. 1 st trial n alhamdulillah jadik. Try, test n cuba sebab ada member tanya..k, Nano insyaallah dah boleh ambil ode.
Lupa nak mention, aku gunakan cheese halal dari produk Dqisra.com.




Monday, January 11, 2010

Ode dari Hasha.........BBC Tarts


Hasha memang ode 25 bj BBC tart ni TAPI aku ada bahan cukup-2 untuk 20 bj sahaja. Aku harap Hasha puas hati dan dapat penuhi keinginannya yg sedang teringin tu..semoga kau suka ye Sha. Tq

Sunday, January 10, 2010

Nostalgia..serimuka








Serimuka dari dulu sampai sekarang memang FAIL. Malam yang aku dah siapkan inti karipap tu, aku teringatlah nak buat untuk minum petang hari Sabtu. Sambil tu aku survey Myresepi. Resepi dah diupgrade, ada yang letak minyak n tepung jagung. Tapi pujian untuk mereka semua. Akulak nak makan yang ORI.
Dulu masa meniaga mak jual serimuka pandan, sekarang ni pulak MIL aku buat yang macam ni. Aku memang suker. MIL aku siap pesan kalau aku nak balik kampungnya beritahu awal nanti dia buatkan. MIL aku hantar kekedai kuih serimuka ni. Memang rasa mabeles.

Petang semalam aku buat resepi campak-2 tak pakai sukatan dan inilah hasilnya (tanya emak aku). Suami komen pulut tak berapa padat n kureng manis..aku langsung tak letak gula, mak memang pesan.
Resepi aku dari mak aku, tepung gandum, santan, garam secukup rasa n aku lak cuma letak gula merah hitam yang aku rasa cukup manis n baik untuk kesihatan..he he he. Apa-2 pun kena cuba lagi unuk improve skill ni, aku target nak buat semua kuih muih yang mak meniaga masa zaman persekolahan aku dulu. INSYAALLAH.

Saturday, January 9, 2010

Nostalgia..karipap







Aku belajar buat karipap masa sekolah rendah lagi, umur lebih kurang 11 tahun. Mungkin ada yang lebih awal dariku, membantu emak menyediakan segalanya dari A ke Z.
Segalanya bermula pada tahun 1980, arwah abah seorang tentera dipindahkan bertugas di Kem Bakri, Muar. Aku sekeluarga tinggal di Melaka. Perjalanan naik motor mungkin lebih kurang 1/2 jam. Abah suruh mak buat karipap berintikan serunding kelapa, kentang dan keledek dan dia tumpang di kantin kemnya. Alhamdulillah walaupun sedikit TAPI setiap hari abah mesti bawa ke kantin. Kekadang abah bawa balik biji labu, kau orang tahu tak. Goreng dengan pasir yang dah dibersihkan buat kuaci, jual kat sekolah.
Bulan Ogos 1981, rasanya hari ke 7 Syawal, abah dah mula bekerja tapi masa tu dia dah dipindahkan bertugas di Kem Terendak, Melaka. Abah accident masa nak ke tempat kerjanya dengan trak askar dan abah pergi terus meninggalkan kami selamanya.
Semenjak dari itulah emak meneruskan membuatkan kuih muih seperti karipap, kuih keria/roda, seri muka, tepung talam, koci dan apam gula melaka. Aku pulak sebelum pergi sekolah yang aku ingat masa tu dah naik sekolah menengah, tingkatan 1 sesi petang, sebelah pagi tolong meniaga bawa bakul jual kuih muih dari rumah ke rumah. Selepas tu pulak dalam pukul 11 pagi, aku akan pergi kedai kopi yang mak buka waktu petang, mencanai tepung karipap dan menyiapkan sehingga selesai.
Sekarang, emak dah tak meniaga, anak-2 dah besar dan insyaallah emak telah berjaya mendidik kami. Bukan nak berbangga atau riak TAPI hakikatnya. Kakak sulung dah buat master sekarang guru kaunseling, adik perempuan aku, pharmacist dulu belajar kat USM, Penang, adik lelaki ke 1, belajar kat UTM Semarak n kerja kat Kulim, adik lelaki ke 2, tentera berpangkat Mejar, adik lelaki bongsu dulu belajar kat UiTM, ambil Sains Komputer TAPI bekerja sendiri dan aku.........................insyaallah pada aku, aku pun telah berjaya juga, walaupun setakat buat Diploma Akauntansi kat ITM, aku ada suami, 3 orang anak dan aku ada kerjaya tetap bukan surirumah sahaja dari tahun 1991. ALHAMDULILLAH..

Wednesday, January 6, 2010

Tuan rumah kebosanan...jom masak







Boring..jom masak-2. Harini aku cuti sebab anak ke-2 pulak demam. Masak ayam ala KR..ntah tak tahulah depa lalu ke tak makan. Akunye tekak pun rasa lain aje..